Ikuti Kami:

Episod Awal Raih Rating Baik, Penonton Puji ‘Run On’ Menghiburkan

Episod Awal Raih Rating Baik, Penonton Puji ‘Run On’ Menghiburkan

Makin banyak drama Korea baru best yang ditayangkan kini. Antara daripadanya ialah “Run On” yang diterajui oleh Shin Se-kyung dan Im Si-wan.

Sinopsis ringkas

“Run On” membawa kisah individu yang cuba berhubung dengan satu sama lain menggunakan bahasa sendiri selepas hidup dalam dunia dan langkah kehidupan yang berlainan. Im Si-wan membawa watak Ki Sun-kyum, seorang bekas atlet lari pecut yang bersara selepas insiden yang mengubah kehidupannya dan kini merupakan ejen sukan. Manakala Shin Se-kyung pula berlakon sebagai Oh Mi-joo penterjemah filem luar negara yang suka mencabar dirinya.

episod awal run on

Episod awal menyeronokkan

Meskipun baru dua episod, namun “Run On” ternyata menampilkan kisah romantik yang terus dan tidak berbelit-belit di antara teraju utamanya iaitu Ki Sun-kyum dan Oh Mi-joo. Malah watak utama lain iaitu Seo Dan-ah (Choi Soo-young) dan Lee Young-hwa (Kang Tae-oh) juga menambahkan ramuan yang cukup dalam kisah cinta menyeronokkan ini.

Rata-rata penonton memuji suasana drama ini yang tenang selain mampu menyelitkan pelbagai babak kelakar tanpa kelihatan dipaksa. “Run On” sememangnya sesuai untuk sesiapa yang sukakan naskhah yang ringan dan menghiburkan.

episod awal run on

Rating baik

Bagi episod awal ini, “Run On” berjaya meraih rating sebanyak 2.145% untuk tayangan perdananya dan menunjukkan peningkatan ketika episod kedua iaitu 2.664%. Satu catatan yang baik untuk sebuah drama baru yang ditayangkan di saluran kabel.

Kepada yang dah teruja menanti, jangan lupa saksikan “Run On” di Netflix kini!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...