Ada drama komedi romantik baru untuk korang!
“No Gain No Love” mengisahkan tentang perkahwinan di antara seorang pekerja pejabat wanita dengan pekerja sambilan di kedai serbaneka.
Untuk episod awalnya, ia mencatatkan purata rating sebanyak 3.7% di seluruh negara, dengan rating tertinggi mencapai 4.3%.
Dalam kategori penonton berumur 20-49 tahun, drama ini mencatatkan purata rating sebanyak 1.5% dan rating tertinggi sebanyak 1.7% di seluruh negara dan menduduki tempat pertama dalam rating penonton pada waktu yang sama di semua saluran.
Episod pertama menampilkan kisah menarik tentang Son Hae-young (Shin Min-ah), seorang pakar pengiraan kerugian yang tidak suka mengalami kerugian dalam hidup mahupun cinta, dan Kim Ji-wook (Kim Young-dae), seorang pekerja sambilan di kedai serbaneka yang tidak suka menyusahkan sesiapa.
Korang kena layan!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.