Ikuti Kami:

Episod Awal ‘My Lovely Liar’ Raih Rating Rendah, Penonton Kritik Lakonan ‘Kayu’ Hwang Minhyun?

Episod Awal ‘My Lovely Liar’ Raih Rating Rendah, Penonton Kritik Lakonan ‘Kayu’ Hwang Minhyun?

Ada drama romantik baru untuk peminat K-Drama!

“My Lovely Liar” merupakan satu drama misteri romantik mengenai seorang wanita, Mok Sol-hee (Kim So-hyun) yang mampu mendengar pembohongan dan isi hati orang sekeliling.

Dalam episod awal ini, meskipun mempunyai kebolehan untuk membaca penipuan orang lain namun ianya juga merupakan memori buruk buat Mok Sol-hee memandangkan ia adalah punca utama perpisahan dengan bekas kekasihnya. Dia kemudiannya berkenalan dengan Kim Do-ha (Hwang Min-hyun) yang dituduh sebagai pembunuh namun Mok Sol-hee tahu bahawa lelaki itu tak bersalah.

my lovely liar

Untuk episod awal ini, sepertinya ramai yang berpuas hati dengan plot dan lakonan Kim So-hyun tetapi ada suara sumbang mempersoalkan kebolehan Hwang Min-hyun menjadi teraju utama,

Visual keduanya baik tapi mereka tak boleh berlakon.

 

Mungkin sebab ianya episod pertama, jadi plotnya agak mengelirukan. Kedua-dua teraju utama sangat menawan.

 

Saya sakit hati melihat lakonannya, bahkan dia agak teruk sebagai watak sampingan dalam ‘Alchemy Of Souls’.

 

Hwang Min-hyun tak ada bakat berlakon langsung, saya tak pasti mengenai keserasian mereka.

 

Lakonan Hwang Min-hyun terlalu teruk hingga saya tukar ke saluran lain.

Untuk episod awal ini, “My Lovely Liar” meraih rating sebanyak 2.6% dan 3% di mana rekod itu agak biasa buat drama yang baru ditayangkan.

Apa kata korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...