Ikuti Kami:

Episod Awal Menghiburkan, ‘The Red Sleeve’ Bermula Dengan Rating Memuaskan

Episod Awal Menghiburkan, ‘The Red Sleeve’ Bermula Dengan Rating Memuaskan

“The Red Sleeve” merupakan antara drama yang dinantikan ramai memandangkan ia merupakan drama pertama Lee Jun-ho dari 2PM selepas dia menamatkan latihan ketenteraan.

Sinopsis

Berdasarkan novel, ia adalah drama berdejarah mengenai rekod hubungan romantik di antara pengiring istana Sung Deok-im (Lee Se-young) yang mahu melindungi pilihan hidupnya dan maharaja Yi San (Lee Jun-ho) yang meletakkan negara sebelum cinta.

Hubungan seperti kucing dan anjing

[Amaran SPOILER]

Meskipun diangkat sebagai melodrama, namun “The Red Sleeve” menampilkan dinamik hubungan seperti anjung dan kucing di antara Sung Deok-im dan Yi San. Meskipun hanya merupakan pengiring istana, wanita itu tidak kisah untuk mendongak dagu ke atas apabila berlaha dengan raja itu.

mbc the red sleeve

Bahkan episod awal dipenuhi babak kelakar di antara kedua mereka sekaligus membuatkan penonton seronok menontonnya. Tiada langsung babak romantik klise, contohnya, babak seperti Yi San menangkap Sung Deok-im yang hampir jatuh daripada tangga sampaikan muka wanita itu terhentak di susunan buku serta babak raja tersebut memaut pinggang Sung Deok-im yang tergelincir juga berakhir komedi apabila keduanya jatuh tersembam ke dalam tasik. Memang pecah perut!

Walaubagaimanapun, penjelasan mengenai cekak baju pengiring istana yang berwarna merah menandakan bahawa dia merupakan milik raja serta adegan di mana Sung Deok-im pernah mengelap air mata Yi San dengan lengan bajunya semasa kecil memberikan gambaran bahawa kedua mereka sudah mempunyai takdir yang ditulis bersama. Yang pasti ramai tertanya-tanya apakah kesudahan buat nasib mereka, adakah terus bahagia begini atau akan ada perubahan nanti.

mbc the red sleeve

Rating memuaskan

Walaupun perlu bertanding dengan pelbagai drama hebat seperti “Jirisan” dan “Now, We Are Breaking Up”, “The Red Sleeve” terus menunjukkan belang pada episod awalnya. Di mana ratingnya ialah 5.7% untuk episod pertama dan kekal konsisten pada 5.6% semasa episod seterusnya.

Tak mustahil, ia akan menunjukkan peningkatan pada episod akan datang nanti.

Best tak “The Red Sleeve”?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...