Akhirnya, bersiaran juga drama yang dinantikan ramai peminat k-drama iaitu “LUCA: The Beginning”.
Sinopsis
“LUCA: The Beginning” ialah sebuah drama yang berdasarkan kepada teori ‘Origin of Species’ daripada Charles Darwin. Kisah seorang individu telah dilahirkan di dalam sebuah dunia genetik yang misteri dan terpaksa mengharunginya seorang diri.
Ji-oh (Kim Rae-won) iaitu seorang yang pendiam dan tidak bertutur langsung. Dengan keadaannya yang sebegitu, dia telah dilemparkan ke dalam dunia ini tanpa mengetahui siapakah dirinya yang sebenar selain mempunyai kuasa luar biasa yang tiada pada manusia lain. Ji-oh terpaksa bekerja keras untuk mencari jawapan kepada kewujudannya.
Gu-reum (Lee Da-hee) merupakan seorang detektif yang dipindahkan ke Unit Siasatan Jenayah selepas dia menyiasat kes pecah amanah seorang pegawai atasan. Dia ialah seorang yang sering bertindak sebelum berfikir lantas selalu main serbu sahaja tanpa ada rancangan yang sahih. Dunianya mula huru-hara apabila dia mengenali Ji-oh semasa cuba menyiasat kes kehilangan seorang kanak-kanak.
Episod awal menarik
Walaupun baru hanya dua episod namun “LUCA: The Beginning” nyata sudah berjaya merebut perhatian penonton dengan plotnya yang hebat. Masih samar-samar mengenai sel LUCA yang membiak dalam badan Ji-oh, namun semuanya sudah tak sabar untuk menyaksikan perkembangan plotnya pada episod akan datang.
Bukan itu sahaja, kebanyakan penonton memberikan ‘thumbs up’ kepada pelbagai babak aksi yang dilakonkan oleh Kim Rae-won, Lee Da-hee dan Kim Sungoh. Memang intense habis! Bahkan, ramai yang teruja melihatkan sinematografi dan CGI drama ini yang nampak real dan mahal.
Rating baik
Agaknya memang ramai yang dah tak sabar nak tengok drama aksi thriller ini, episod pertamanya telah pun meraih rating tinggi sebanyak 5.371%. Wow! Tak cukup dengan itu, ianya terus meningkat kepada 5.802% semasa episod keduanya.
Melihatkan ratingnya yang agak kukuh, nescaya “LUCA: The Beginning” mungkin akan merekodkan sejarah suatu hari nanti. Mungkinkah?
Apa pun, jangan terlepas untuk menyaksikan drama ini pada setiap Isnin dan Selasa di tvN!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.