Episod Akhir ‘The Penthouse 3’ Raih Rating Tinggi, Penonton Keliru Dek Ending Tidak Dijangka

ending the penthouse 3

Setahun kemudian dengan 47 episod kesemuanya, siri “The Penthouse” selamat menutup tirainya kelmarin.

Drama ini mengisahkan penduduk Hera Palace yang sanggup melakukan apa sahaja bagi terus kekal berkuasa dalam kehidupan mewah mereka.

[Amaran SPOILER]

Kesudahan tidak dijangka

Selepas kehilangan Shim Su-ryeon (Lee Ji-ah) dan Cheon Seo-jin (Kim So-yeon) disabitkan kesalahan kerana jenayah yang dilakukannya, drama ini melompat ke tiga tahun kemudian bagi membawa penonton melihat kehidupan mereka yang lain kini.ending the penthouse 3Meskipun Shim Su-ryeon dan Logan Lee dilihat tersenyum semasa menghadiri konsert Bae Ro-na (Kim Hyun-soo) dan Joo Seok-hoon (Kim Young-dae) sebagai pemain piano, rupanya kedua mereka sudah pun tiada di dalam dunia ini. Akibat kematian Shim Su-ryeon selepas terjatuh ke dalam laut dalam itu, Logan Lee pula menemui ajal apabila kanser tulang sum sum yang pernah dilaluinya dahulu kembali menyerang.

Bukan itu sahaja, Cheon Seo-jin yang hanya mahu melihat anaknya bahagia membuat keputusan drastik dengan menelan pil yang banyak bagi menamatkan riwayatnya.ending the penthouse 3Dalam episod akhir ini, kesemua anak-anak Hera Palace dilihat bahagia dengan kehidupan masing-masing di mana Ha Eun-byeol (Choi Ye-bin) turut memilih untuk menjadi jurulatih koir di sebuah gereja dan Joo Seok-kyung pula lebih selesa bekerja separuh masa di restoran dan sebagai jurulatih vokal buat kanak-kanak selain tidak mahu mengharapkan kemewahan daripada abangnya.

Di penghujungnya, kesemua watak utama di dalam “The Penthouse” nampaknya berkahir tragis.

[SPOILER Tamat]

Rating tinggi

Sentiasa mengekalkan rating tinggi daripada musim pertama, rating episod akhir ini hanya mampu duduk selesa dengan catatan 19.1% lantas tidak mampu memecahkan rekod peribadi untuk musim ketiga (19.5%).

Malah rekod terbaik siri ini yang dicatatkan semasa episod akhir musim kedua iaitu 29.2% kekal sebagai catatan terbaik secara keseluruhan.

Dipenuhi dengan plot twist, rata-rata penonton langsung tidak menyangka penamat “The Penthouse 3” ini. Apa pula pendapat anda?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

2 KOMEN

Leave a Reply