Ikuti Kami:

Episod Akhir ‘Secret Forest 2’ Catat Rating Tertinggi, Pihak Produksi Dedah Musim Ketiga Dalam Perbincangan

Episod Akhir ‘Secret Forest 2’ Catat Rating Tertinggi, Pihak Produksi Dedah Musim Ketiga Dalam Perbincangan

Selepas 3 tahun menanti, akhirnya tayang juga musim kedua drama popular “Secret Forest”. Pun begitu, sedar tak sedar, episod baru itu sudah pun tamat kelmarin.

Plot musim kedua

Musim pertama “Secret Forest” ditayangkan pada tahun 2017 dan menceritakan tentang seorang pendakwa yang tidak mempunyai perasaan, Hwang Si-mok (Cho Seung-woo) dan seorang polis yang baik hati, Han Yeo-jin (Bae Doo-na). Kedua mereka bergabung tenaga untuk menangkap pembunuh bersiri dan membongkarkan rasuah yang berlaku secara senyap dalam pejabat pendakwaraya tersebut.

episod akhir secret forest 2

Naskhah tersebut menerima pujian ramai semasa tayangannya dek plot yang menakjubkan untuk genre tersebut. Musim kedua “Secret Forest” bakal menyaksikan Cho Seung-woo dan Bae Doo-na kembali beraksi dengan tambahan dua watak baru iaitu Choi Bit (Jeon Hye-jin), ketua kepada Han Yeo-jin dan ketua Unit Penyiasatan Pembaharuan Struktur di Agensi Polis Kebangsaan dan Woo Tae-ha (Choi Moo-sung), ketua kepada Unit Perundangan Jenayah di Pejabat Mahkamah Tertinggi yang turut disertai oleh Hwang Si-mok.

Adakah musim ketiga bakal menemui penonton nanti?

[Amaran SPOILER]

Selepas Woo Tae-ha berjaya dijatuhkan oleh Shi-mok dan Choi Bit mengundurkan diri dek tembelangnya yang pecah. Kehidupan mula berubah buat Shi-mok dan Yeo-jin di mana mereka berdua memulakan tugas di tempat yang baru. Bahkan Seo Dong-jae (Lee Joon-hyuk) yang selamat daripada penculikan mengerikan turut dibebankan dengan persoalan sama ada mendiang Park Gwang-soo mempunyai kaitan dengan Hanjo Group lantas membuka lebih banyak kemungkinan dalam kes ini.

episod akhir secret forest 2

Dek kesudahan tersebut, penonton meluahkan hasrat untuk musim ketiga dan nampaknya permintaan tersebut sepantas kilat dijawab oleh pihak produksi “Secret Forest 2”. Kata pihak mereka, kemungkinan untuk menghasilkan musim ketiga drama ini terbuka dan dalam perbincangan kini.

Nampaknya mungkin akan ada musim ketiga nanti tapi belum tahu lagi tayangan spesifiknya. Yang penting, “Secret Forest2 ” ternyata popular kerana episod terakhir ini telah merekodkan catatan rating tertinggi sepanjang tayangannya iaitu 9.4%.

episod akhir secret forest 2

Lakonan Bae Doo-na dan Cho Seung-woo nyata tak menghampakan kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...