Ikuti Kami:

Episod Akhir Raih Rating Tertinggi, Penonton Tidak Puas Hati Lihat Kesudahan ‘Awaken’

Episod Akhir Raih Rating Tertinggi, Penonton Tidak Puas Hati Lihat Kesudahan ‘Awaken’

Selepas pelbagai episod yang mendebarkan, akhirnya “Awaken” melabuhkan tirainya kelmarin.

Sinopsis ringkas

Kisah pembunuhan misteri di mana ia mengikuti kisah pelik yang berlaku pada masa kini dan juga kejadian enigmatik yang berlaku pada 28 tahun lepas. Do Jung-woo (Namgoong Min) ialah ketua pasukan yang bijak dan unik bagi sebuah gerakan khas di Agensi Polis Kebangsaan. Manakala Jamie (Lee Chung-ah) pula merupakan ejen FBI yang diambil sebagai anak angkat ketika kecil dan kembali ke Korea untuk menyelesaikan kes pembunuhan bersiri yang berkait dengan memorinya yang hilang sewaktu kecil pada 28 tahun lalu.

Penonton mahukan lagi daripada episod akhir

[Amaran SPOILER]

Akhirnya Do Jung-woo berjaya membongkar segala misteri di sebalik ubat yang dipelopori oleh ibunya sendiri, pil untuk menghentikan proses penuaan. Berbekalkan info yang didapatinya, dia dan ahli yang lain termasuk Gong Hye-won (Seol-hyun) dan Jamie merempuh masuk ke premis rahsia milik wanita itu. Walaubagaimanapun, lelaki itu menyedari bahawa dia sendiri mempunyai masalah personaliti apabila dia mula bertindak ganas selepas mendengar ibunya memanggilnya sebagai ‘raksasa’.

episod akhir awaken

Tidak mahu membahayakan nyawa orang lain, dia mengunci rakan lain serta kembarnya, Jamie di luar sebelum membiarkan ibunya mencucuk cecair dan membiarkan bom yang telah dipasang awalnya meletup.

Disangkakan sudah mati, Jamie kemudiannya membuat keputusan untuk kembali ke Amerika Syarikat manakala Hye-won berterusan cuba membuktikan bahawa lelaki itu masih hidup. Berbekalkan klu yang ada dan rakaman CCTV yang menunjukkan Do Jung-woo dan ibunya memasuki ambulans sebelum letupan bom pada malam itu, wanita itu yang kini berpangkat kapten terus mengikuti keberadaan lelaki itu.

episod akhir awaken

Penonton nyata tak dapat melepaskan drama ini apabila Gong Hye-won dilihat seperti ternampak kelibat lelaki itu namun episod terakhir itu hanya diakhiri dengan babak separuh wajahnya sedang menghisap lollipop seterusnya memberi bayangan bahawa Do Jung-woo sebenarnya masih hidup.

[SPOILER tamat]

Langsung tidak dapat melihat perkembangan hubungan romantik di antara Gong Hye-won dan Do Jung-woo, penonton ternyata berharap ending yang lebih baik buat “Awaken”. Walaubagaimanapun, kesemua mereka memberikan tepukan gemuruh apabila melihat lakonan hebat yang ditampilkan oleh Namgoong Min dan juga Lee Chung-ah.

Rating baik

“Awaken” juga berjaya meraih rating yang baik sepanjang tayangannya termasuklah catatan tertinggi ketika tayangan episod terakhirnya. Dengan rekod 6.214%, drama ini telah membuktikan kepopularitiannya.

Mesti ramai yang dah rindu dengan drama ini kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...