Ikuti Kami:

Episod Akhir Raih Rating Terbaik, Penonton Tak Puas ‘Birthcare Center’ Hanya 8 Episod Sahaja

Episod Akhir Raih Rating Terbaik, Penonton Tak Puas ‘Birthcare Center’ Hanya 8 Episod Sahaja

Selepas 8 episod ke udara, akhirnya “Birthcare Center” telah pun melabuhkan tirainya.

Sinopsis ringkas

Oh Hyun-jin (Uhm Ji-won) ialah seorang eksekutif muda di syarikatnya dan merupakan seorang yang serba boleh namun menemui satu kelemahan apabila melahirkan anak pertamanya. Bagi menguruskan keadaan dirinya selepas bersalin, dia telah memasuki sebuat pusat penjagaan selepas bersalin dan wanita itu semakin berasa kecil apabila melihat ibu-ibu lain yang pandai menjaga anak mereka. Bahkan, Oh Hyun-jin juga merupakan yang paling tua di pusat tersebut. Di situ, dia mengenali Jo Eun-jung (Park Ha-sun) yang menjadi ‘guru’ kepada ibu lain dek pengetahuannya yang banyak. Bersama-sama mereka mempelajari mengenai dunia membesarkan anak.

episod akhir birthcare center

8 episod penuh pengajaran

Meskipun hanya mempunyai 8 episod, namun “Birthcare Center” ternyata memberikan perspektif baru kepada penonton mengenai ibu mengandung dan juga penjagaan bayi yang baru dilahirkan.

Sering diselitkan dengan pelbagai babak kelakar namun drama ini tidak lupa untuk menonjolkan realiti sebenar mengenai pengalaman mengandung dan melahirkan yang sebenarnya berbeza bagi setiap ibu, tiada satu buku mahupun manual pun yang mampu memberikan gambaran 100% tepat, hanya pengalaman sendiri yang merupakan zahirnya.

episod akhir birthcare center

Mungkin kerana plotnya yang unik, “Birthcare Center” telah meraih rating yang baik sepanjang tayangannya. Bahkan episod akhirnya telah mencatatkan rating terbaik sepanjang tayangannya iaitu 4.223%. Hebat!

Tak rugi tonton “Birthcare Center”, rasa macam sekejap sahaja 8 episod!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...