Ikuti Kami:

Episod Akhir Raih Rating Rendah, Netizen Pilih ‘When The Weather Is Fine’ Sebagai Drama Paling Teruk Park Minyoung

Episod Akhir Raih Rating Rendah, Netizen Pilih ‘When The Weather Is Fine’ Sebagai Drama Paling Teruk Park Minyoung

Meskipun tidak mendapat perhatian ramai akibat catatan yang rendah pada saban episod, tetapi kebanyakan penonton meluahkan bahawa mereka berasa tenang dan nyaman ketika menonton drama “When The Weather Is Fine” di bawah saluran JTBC.

Sinopsis ringkas 

“When The Weather Is Fine” membawa kisah romantik menyentuh hati di mana Hae-won (Park Min-young) yang penat dengan kesibukan Seoul dan membawa dirinya ke sebuah perkampungan dan mula berkenalan dengan Eun-seop (Seo Kang-joon) iaitu seorang pemilik kedai buku. Selepas itu mereka mula jatuh cinta sambil cuba menyembuhkan memori hitam masing-masing.

when the weather is fine rating rendah

Pengakhiran yang tiada kepastian tetapi penuh bahagia

Menyangka bahawa masa akan menyembuhkan lukanya, Hae-won telah kembali ke Seoul selepas memutuskan hubungannya dengan Eun-seop. Tapi apakan daya, semakin lama tidak bersua muka, semakin menebal rindu di hati. Rupanya dalam diam, pemilik kedai buku itu juga menyimpan rasa yang sama. Bukannya tiada rasa cinta di antara kedua mereka tetapi keadaan memaksa mereka untuk berpisah dan membawa haluan masing-masing.

Sejak berkenalan dengan Hae-won, Eun-seop mula mempelajari cara untuk mengekspresikan rasa cinta kepada orang terdekat dengannya. Meskipun, masih susah untuk meluahkan rasa tersebut kepada ibu bapa angkatnya tetapi lelaki itu menunjukkan dengan berasa risau terhadap adiknya, Hwi yang mengakui sudah jatuh cinta dengan rakan sekelasnya.

episod akhir when the weather is fine

Wanita itu juga berterusan menyertai uji bakat di beberapa institusi supaya dapat kembali bermain celo dan mengajarnya. Kesepian yang dialaminya dahulu kini mula hilang dan dia temui semula semangat dan cinta terhadap alatan muzik tersebut.

Kena dengan tajuknya “I’ll Go To You When The Weather Is Nice”, Hye-won kembali semula ke perkampungan tersebut pada musim bunga atas alasan mahu bertemu dengan mak ciknya. Dia juga bertemu semula dengan Eun-seop sambil ditemani cuaca yang baik itu dan keduanya berasa bahagia sementara tanpa mengetahui masa hadapan yang pasti. Yang penting, mereka bahagia dan tenang apabila berada di sisi masing-masing.

episod akhir when the weather is fine

Rata-rata penonton tidak tertarik untuk menonton cerita ini kerana watak yang menerajuinya adalah sangat bosan dan tidak menarik perhatian. Disebabkan ianya sering meraih rating yang sedikit, ramai yang menyebut bahawa “When The Weather Is Fine” adalah drama paling teruk yang pernah dilakonkan oleh Park Min-young.

Mungkin tidak kena dengan selera semua tetapi “When The Weather Is Fine” tetap berjaya memberikan bahagia kepada penonton setianya.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...