Ikuti Kami:

Episod Akhir Raih Rating Biasa, Penonton Teka ‘Adamas’ Bakal Ada Musim Kedua?

Episod Akhir Raih Rating Biasa, Penonton Teka ‘Adamas’ Bakal Ada Musim Kedua?

Setelah 8 minggu bersiaran, akhirnya “Adamas” melabuhkan tirainya kelmarin.

Sinopsis

“Adamas” membawa kisah sepasang kembar membongkar kebenaran disebalik kejadian 22 tahun lalu. Keduanya bekerja sebagai satu bagi menyelesaikan tuduhan di mana ayah kandung mereka disabit membunuh ayah tiri dan dalam masa yang sama mencari ‘adamas’ iaitu senjata pembunuhan itu.

‘Adamas’ jadi tanda tanya

[Amaran SPOILER]

Bukan mudah untuk menumpaskan kuasa besar dan hal ini dibuktikan dalam episod akhir “Adamas”. Song Soo-hyun (Jisung) yang cuba membongkarkan hal sebenar, dia dibunuh oleh Ketua Pasukan Lee namun lelaki itu berkeras tidak mahu mendedahkan apa yang terjadi mahupun mengakui dirinya sebagai pembunuh.

tvn adamas

Disebabkan ramai menganggap cerita sebenar sebagai fiksyen, Ha Woo-shin (Jisung) menulis kisah sebenar di dalam bukunya namun diklasifikasikan sebagai rekaan dek tanggapan semua. Malah ‘adamas’ sebenar disorokkan oleh penulis itu dan dia hanya memberikan senjata palsu bagi membiarkan Eun Hye-soo (Seo Ji-hye) tenggelam dalam dunianya.

Walau bagaimanapun, penonton sepertinya akan disajikan dengan musim kedua apabila Kim Seo-hee (Lee Soo-kyung) terjumpa surat di atas meja Ha Woo-shin yang mempunyai nota bahawa Song Soo-hyun sebenarnya masih hidup dan kembarnya itu mungkin dalam misi untuk mencarinya.

Rating rendah

Meskipun dibarisi pelakon hebat seperti Jisung, Seo Ji-hye dan Lee Soo-kyung namun selain plot yang gempak namun “Adamas” hanya mampu mencapai rating sebanyak 2% ke 3% sahaja sepanjang tayangannya.

tvn adamas

Untuk episod terakhir ini, drama tvN ini hanya mampu berpuas hati dengan rating sebanyak 3.358% sahaja dan tidak mampu mengalahkan catatan terbaik iaitu 3.502% yang diraih ketika episod pertama.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...