Ikuti Kami:

Episod Akhir Raih Rating Baik, Penonton Puas Hati Dengan Kesudahan Bahagia ‘The King: Eternal Monarch’

Episod Akhir Raih Rating Baik, Penonton Puas Hati Dengan Kesudahan Bahagia ‘The King: Eternal Monarch’

Rasanya macam baru semalam drama fantasi “The King: Eternal Monarch” digembar-gemburkan dengan hebat sehingga membuatkan semua peonton berasa teruja. Bahkan ia juga merupakan naskhah pertama lakonan Lee Min-ho selepas dia pulang daripada latihan khidmat ketenteraan.

Pada awal tayangannya, drama itu berjaya membawa sinematografi, produksi dan perjalanan cerita yang memukau. Episod pertama berjalan dengan cepat serta mendebarkan sampaikan penonton berasa tidak senang duduk dan mahukan lagi. Pertemuan pertama Raja Lee Gon dan Jung Tae-eul nyata membuatkan plot “The King: Eternal Monarch” menjadi semakin menarik.

episod akhir the king: eternal monarch

Awalnya dipenuhi kritikan

Pun begitu, langit tak selalunya cerah apabila drama garapan Kim Eun-sook ini menerima pelbagai kritikan bermula daripada penggunaan barangan untuk iklan yang tidak nampak natural dan juga efek grafik yang kelihatan tidak profesional langsung. Tak cukup dengan itu, mutu lakonan segelintir teraju utama juga menerima kecaman ramai selain tiada keserasian yang dapat dirasakan di antara mereka.

Disebabkan karakter yang banyak dan tiada penjelasan yang jelas mengenai kaitan di antara setiap satu daripada mereka, lantas membuatkan penonton menjadi keliru dengan plotnya. Pun begitu, ramai yang meletakkan kepercayaan tinggi dan kekal menonton sehingga ke episod akhir yang ditayangkan semalam.

Kesudahan bahagia buat semua

[Amaran SPOILER]

Tidak seperti “Goblin”, “The King: Eternal Monarch” berakhir dengan kesudahan yang gembira. Kedua-dua Lee Gon dan Jung Tae-eul akhirnya bersama dan meneruskan misi berjalan ke era yang berbeza dalam sejarah. Selepas Lee Rim mati di tangan Lee Gon, barulah dapat dilihat perubahan kepada setiap karakter di dalamnya. Nampaknya rancangan raja itu untuk menyelesaikan masalah di antara dua dunia selari itu akhirnya berjaya.

episod akhir the king: eternal monarch

Lebih menggembirakan apabila watak yang dilakonkan oleh Kim Kyung-nam (Kang Shin-jae) dan Woo Do-hwan (Jo Yeong dan Eun-seob) turut menemui bahagia yang selama ini dicari. Pun begitu, janji hanya tinggal janji, nampaknya Eun-seob dan Jo Yeong tidak dapat lagi bersatu selepas penutupan gerbang tersebut.

Jung Eun-chae yang pada awalnya membawa watak perdana menteri akhirnya menjadi banduan dek perangai tamaknya. Tidak bagi Luna yang mula berubah lantas membuktikan dunia selari itu kini sedang menulis sejarah yang baru.

episod akhir the king: eternal monarch

Penonton puas hati, rating biasa

Mungkin mendengar rintihan peminat, “The King: Eternal Monarch” menghadiahkan peminat dengan babak romantik di antara teraju utamanya. Walaupun ramai yang mempersoalkan kenapa perlu menunggu sehingga episod ke-16 untuk menyatukan dua hati tersebut sedangkan ia boleh berlaku beberapa episod lebih awal.

Meskipun terpalit dengan sedikit kontroversi tetapi drama fantasi ini melabuhkan tirainya dengan kisah cinta yang berbunga-bunga sampaikan penonton tiada aduan atau pun rasa tidak puas hati langsung.

episod akhir the king: eternal monarch

Namun begitu, sedikit sedih apabila melihatkan rating “The King Eternal Monarch” yang tidak dapat melepasi garisan 10% pada episod akhirnya. Bahkan ia hanya berlegar di sekitar 5% ke 8% sahaja hampir keseluruhan tayangannya.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...