Ikuti Kami:

Episod Akhir Drama Dunia Selari Diselit Thriller ‘Train’ Raih Rating Rendah, Ending Buat Penonton Keliru

Episod Akhir Drama Dunia Selari Diselit Thriller ‘Train’ Raih Rating Rendah, Ending Buat Penonton Keliru

Sedar tak sedar, drama thriller “Train” yang dilakonkan oleh Yoon Si-yoon dan Kyung Soo-jin di saluran OCN sudah pun sampai ke penamatnya. Sekejap sahaja masa berlalu kan?

Sinopsis “Train”

Seorang lelaki telah kehilangan orang yang paling disayanginya disebabkan oleh seorang pembunuh bersiri. Bagi mencari keadilan, dia telah memasuki ke dalam dunia lagi satu untuk membongkarkan kebenaran di sebalik kematiannya.

episod akhir train

Seo Do-won (Yoon Si-yoon) ialah seorang detektif dan sangat bersemangat apabila menjalankan tugasnya. Manakala Han Seo-kyung (Kyung Soo-jin) pula ialah seorang pendakwa dengan personaliti yang telus. Lee Jung-min (Shin So-yul) pula ialah seorang staf di unit penyiasatan saintifik dan dia merupakan sahabat baik yang sentiasa menyokong Do-won daripada belakang.

Penamat bahagia namun sedikit mengelirukan

Selepas berjaya mengejar pembunuh bersiri sebenar daripada 12 tahun lepas, Seo Do-won menghadapi kesukaran kerana perlu menyelamatkan Seo-kyung daripada mati. Walaubagaimanapun, lelaki itu memasuki ke dunia selari lagi satu dan dipertemukan dengan wanita tersebut yang berasal daripada dunia itu.

episod akhir train

Meskipun berakhir dengan indah, namun penonton sepertinya mempersoalkan Do-won yang mencintai Seo-kyung yang sudah pun meninggal daripada dunia lagi satu. Tetapi kini memulakan kehidupan baru dengan wanita versi dunia selari itu. Tambahan pula, bagaimana sekiranya mereka terserempak versi diri mereka di dunia selari tersebut, apa yang akan terjadi?

Lagi mengejutkan apabila didedahkan bahawa dunia selari bukan hanya ada dua sahaja, tetapi banyak lagi sebenarnya. Jadi banyak kemungkinan yang boleh berlaku. Bagaimanapun, penonton berpuas hati apabila melihat kedua watak utama itu akhirnya disatukan juga selepas terpaksa pelbagai waktu yang sukar kerana dalam yang membuatkan kehidupan antara dunia selari iu menjadi serabut.

episod akhir train

Meskipun mengetengahkan premis yang unik, namun “Train” hanya mampu mengekalkan rating dalam lingkungan kurang daripada 1.5% sahaja sepanjang tayangannya. Kepada yang menonton drama ini, apa komen anda?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...