Ikuti Kami:

Episod Akhir Catat Rating Tertinggi, Penonton Kecewa Dengan Kesudahan ‘When I Was The Most Beautiful’

Episod Akhir Catat Rating Tertinggi, Penonton Kecewa Dengan Kesudahan ‘When I Was The Most Beautiful’

Sedih betul apabila terpaksa melepaskan sebuah drama itu pergi apabila ianya tamat tayangan, rasanya macam ucap selamat tinggal pada rakan baik. Begitulah perasaan penonton apabila drama “When I Was The Most Beautiful” melabuhkan tirainya kelmarin.

Sinopsis ringkas

Membawa kisah Oh Ye-ji (Im Soo-hyang) iaitu seorang wanita yang naif dan optimistik terhadap kehidupannya. Dia hanya mengimpikan kebahagiaan yang picisan sebagai seorang pereka seramik namun tanpa sengaja telah terperangkap di antara cinta dua adik-beradik lelaki iaitu Seo Hwan (Jisoo) yang menyintainya sejak wanita itu menjadi guru ganti di sekolahnya lagi dan Seo Jin (Ha Seok-jin), seorang pelumba kereta yang pendiam namun akan dapatkan segala yang dihajatinya.

[Amaran SPOILER]

Bagaimana hubungan Ye-ji, Seo Jin dan Seo Hwan akhirnya?

Konflik antara Ye-ji dan Seo Jin berkahir apabila mereka memilih untuk melepaskan masing-masing untuk kebahagiaan semua. Tambahan pula lelaki itu sedar bahawa hati isterinya itu sudah menjadi milik adiknya sejak daripada mula lagi. Malah Ye-ji juga mula mengenali perasaan sayangnya pada Seo Hwan dan terbayang momen mereka berkenalan sehingga sekarang.

episod akhir when i was the most beautiful

Meskipun mencintai Seo Hwan, Ye-ji memilih untuk menolak tawaran lelaki itu untuk bersama-sama ke Amerika Syarikat kerana tidak mahu merosakkan reputasi keluarga mereka dek kisah ‘kakak ipar yang jatuh cinta dengan adik iparnya’. Malah wanita itu nampaknya lebih gembira selepas berbaik semula dengan ibunya dan memilih untuk tinggal bersama wanita tua tersebut.

Selepas setahun, Hwan kembali mencari Ye-ji dan mereka meluangkan masa bersama. Risau sekiranya perasaan kasih itu terus terpendam, wanita tersebut meluahkan rasa cinta kepada Hwan dan mereka meluangkan masa bersama sebelum Ye-ji memilih untuk menghilangkan diri pada keesokan harinya.

episod akhir when i was the most beautiful

Daripada situ, penonton disajikan dengan monolog dalaman Ye-ji dan Hwan dalam masa yang berbeza di mana mereka berharap agar masing-masing berbahagia dengan kehidupan yang dipilih.

Penonton sebal dengan kesudahan sedih

Rasanya penonton sudah lama mengharapkan kebahagiaan buat Seo Hwan dan Ye-ji dek sekian lama mereka terpaksa hidup memendam rasa demi kebahagiaan orang lain. Malah pengkhianatan Seo Jin selama 7 tahun membuatkan ramai yang berharap agar wanita itu memilih untuk bersama Seo Hwan akhirnya kerana lelaki tersebut yang langsung tak pernah memandang wanita lain sejak daripada awal lagi.

Walaubagaimanapun, penonton kecewa apabila Ye-ji dan Seo Hwan memilih untuk hidup sendiri dan hanya mengharapkan bahagia buat masing-masing. Sedih!

episod akhir when i was the most beautiful

Meskipun berakhir duka, “When I Was The Most Beautiful” berjaya mencipta rekod peribadi baru apabila episod akhir tersebut telah meraih rating 3.9% dan 5% iaitu catatan terbaiknya sepanjang tayangan.

Tiada semua benda yang kita harapkan akan terjadi, kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...