Utama Drama Korea Episod Akhir Catat Rating Biasa, Penonton Keliru Lihat Ending ‘Cheat On Me...

Episod Akhir Catat Rating Biasa, Penonton Keliru Lihat Ending ‘Cheat On Me If You Can’

cheat on me if you can

Selepas 16 episod bersiaran, akhirnya drama “Cheat On Me If You Can” telah pun melabuhkan tirainya beberapa hari lepas.

Sinopsis

Drama komedi dan misteri thriller ini mengisahkan orang dewasa yang melakukan kesalahan walaupun berasa bersalah. Jo Yeo-jeong pula membawa watak novelis thriller jenayah popular Kang Yeo-joo yang sentiasa memikirkan cara untuk membunuh orang. Go Joon menggalas watak sebagai suami wanita itu iaitu Han Woo-sung, seorang peguam penceraian yang telah menulis perjanjian dengan isterinya yang berbunyi, “Jikalau awak curang, awak mati.”

cheat on me if you can

Episod akhir raih rating biasa

[Amaran SPOILER]

Episod akhir “Cheat On Me If You Can” menyebabkan ramai penonton dirundung keliru memandangkan ianya diakhiri dengan Yeo-joo (Cho Yeon-jung) menikam Woo-sung (Go Joon) mungkin kerana dia ditangkap curang. Walaubagaimanapun tidak pasti sama ada babak kejam itu hanyalah khayalan mahupun realiti.

Meskipun diterajui oleh dua pelakon hebat iaitu Cho Yeon-jung, Go Joon dan Kim Young-dae namun nampaknya drama KBS ini tidak mampu menarik perhatian ramai sekaligus hanya meraih rating biasa sepanjang tayangannya.

cheat on me if you can

Untuk episod akhir, drama ini hanya mampu mencatatkan rating sebanyak 3.3% dan 4.0% sahaja. Satu rekod yang biasa kalau dibandingkan dengan rekod terbaiknya iaitu dalam lingkungan 5% pada awal tayangannya.

Apa pendapat korang lepas tengok drama ini?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Loading...