Ikuti Kami:

Episod Akhir Bongkar Misteri Kematian Sebenar Pelukis, 5 Sebab PERLU Tonton Drama Komedi Gelap ‘CHIP-IN’

Episod Akhir Bongkar Misteri Kematian Sebenar Pelukis, 5 Sebab PERLU Tonton Drama Komedi Gelap ‘CHIP-IN’

Drama misteri sememangnya menjadi kegilaan ramai! Begitu juga dengan drama “CHIP-IN” yang baru sahaja menghabiskan tayangan kelmarin.

Sinopsis “CHIP-IN”

Seorang pelukis terkenal Yoo In-hoo (Nam Moon-cheol) telah didiagnoskan mempunyai penyakit berbahaya, disebabkan itu dia telah merancang untuk membaca wasiat terakhir semasa sambutan hari lahirnya yang ke-58 nanti. Oleh kerana hartanya yang berlambak, kesemua ahli keluarga terdekat sudah pun menanam niat untuk merebut kesemua milikan lumayan itu. Maka bermulalah persaingan dan permainan mental di antara mereka semua.

Belum sempat mengumumkan wasiat yang dijanjikan, pelukis itu tiba-tiba menghembuskan nafasnya yang terakhir pada hari kejadian tersebut. Ikuti kesemua suspek cuba membongkar dalang sebenar disebalik kejadian itu, yang pasti, tiada seorang pun yang ‘bersih’.

klu chip-in

1. 8 episod sahaja

Jarang-jarang tahu K-Drama dengan genre misteri hanya menayangkan 8 episod sahaja. Tak perlu nak tunggu sampai 16 episod seperti biasa untuk bongkar kejadian sebenar disebalik kematian pelukis terkenal tersebut. Lega tak payah tunggu lama!

2. Kejadian dalam sebuah rumah

Yang bestnya mengenai “CHIP-IN”, hampir kesemua babak dirakamkan di rumah agam milik pelukis tersebut bahkan 8 suspek pun berada dalam kediaman yang sama. Bersama mereka, penonton dibawa menelusuri setiap pelosok rumah tersebut untuk mengorek segala rahsia yang disorok oleh kesemua suspek yang mempunyai niat tidak baik terhadap pelukis itu.

mbc chip-in

3. Genre komedi gelap

Meskipun lebih ke arah misteri, tetapi “CHIP-IN” tak lupa untuk menyelitkan sedikit babak yang menghiburkan bagi membuatkan penonton bertenang sikit daripada gementar menantikan siapakah yang berada disebalik kematian pelukis terkenal itu.

4. Suspek utama berubah tiap episod

Merecik peluh tahu bila tonton drama ini sebabnya suspek utama mesti berubah tiap-tiap episod! Mula dah rasa macam individu ini pembunuhnya tapi pendedahan pelbagai rahsia membuatkan suspek lain pula naik jadi seperti pelaku utama.

episod pertama chip-in

5. Rating baik di Korea

Disebabkan plotnya yang unik, sudah semestinya ia mampu menarik perhatian ramai penonton. Sepanjang tayangannya, “CHIP-IN” berjaya meraih catatan rating 3% ke 4% iaitu satu rekod yang mengagumkan. Bahkan drama ini beberapa kali berjaya menduduki tangga teratas untuk slot tayangan drama hari Rabu-Khamis. Hebat kan?

Sebenarnya “CHIP-IN” sudah pun melabuhkan tirainya malam semalam dengan pendedahan yang mengejutkan. Bagi sesiapa yang belum menonton, apa kata anda saksikan episod terakhir drama ini yang bakal ditayangkan hari ini (14 Ogos) pada jam 7.40pm di saluran Oh!K (Astro Ch 394).

mbc chip-in

Rugi kalau anda tak tonton drama ini!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...