Ikuti Kami:

EPIK HIGH Umum Tarikh Comeback Dengan Album ‘Epik High Is Here 下 (Part 2)’

EPIK HIGH Umum Tarikh Comeback Dengan Album ‘Epik High Is Here 下 (Part 2)’

EPIK HIGH kembali!

Pada minggu lepas, telah diumumkan bahawa EPIK HIGH akan membuat persembahan di festival muzik popular ‘Coachella’, di California. Dengan kemunculan mereka di festival itu, EPIK HIGH akan mengeluarkan album terbaharu “Epik High Is Here” bahagian kedua.

Pada 25 Januari, Tablo telah berkongsi di Twitter album “Epik High Is Here 下 (Part 2)” akan dikeluarkan pada Hari Valentine iaitu pada 14 Februari ini.

Sementara itu, “Epik High Is Here” ialah album studio ke-10 EPIK HIGH. Bahagian pertama, “Epik High Is Here 上 (Part 1)”, telah dikeluarkan pada Januari 2021, dengan dua lagu tajuk “Rosario” (menampilkan CL dan Zico) dan “Based on a True Story” (menampilkan Heize).

Nantikan keluaran album EPIK HIGH “Epik High Is Here 下 (Part 2)” pada 14 Februari ini, jam 5 petang!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...