Ikuti Kami:

ENHYPEN Bakal Comeback Dengan ‘Tamed-Dashed’ Pada 12 Oktober Ini

ENHYPEN Bakal Comeback Dengan ‘Tamed-Dashed’ Pada 12 Oktober Ini

Pada tengah malam semalam, ENHYPEN telah mengeluarkan teaser muzik video bagi lagu baru mereka iaitu “Tamed-Dashed”, yang bakal menemui peminat pada 12 Oktober ini.

“Tamed-Dashed” merupakan salah satu lagu di dalam album “Dimension: Dilemma” yang mana akan dikeluarkan tidak lama lagi. Sehari sebelum itu, ENHYPEN telah melancarkan preview untuk album penuh mereka itu dan memberi sedikit gambaran tentang konsep album tersebut.

Dalam teaser muzik video tersebut, ia memaparkan sekumpulan lelaki sedang menikmati waktu lapang mereka di pantai ketika mereka bermain bola sepak bersama dan berenang di lautan biru.

‘ENGENE’, iaitu nama kelab peminat kumpulan ENHYPEN amat teruja untuk menantikan lagu baru oleh kumpulan tersebut, dan terus tweet dengan menggunakan hashtag #TAMED_DASHED dan juga #ENHYPEN yang kini hampir cecah 1 juta tweet.

Tak sabarnya nak tunggu 12 Oktober ni!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...