Ikuti Kami:

Ending ‘The World Of The Married’, Adakah Kepulangan Junyoung Hanya Imaginasi Sunwoo?

Ending ‘The World Of The Married’, Adakah Kepulangan Junyoung Hanya Imaginasi Sunwoo?

Rasanya ramai yang masih tak boleh ‘move on’ daripada drama “The World Of The Married” kan? Walaupun semua mengharapkan agar ianya berakhir dengan dramatik tetapi penulis naskhah itu memilih untuk menamatkannya secara realistik.

Seperti yang diketahui semua, ending kepada “The World Of The Married” memaparkan Ji Sun-woo sedang menjamah makanan dan terus terpegun apabila terdengar bunyi seseorang sedang menekan kata laluan pada pintu masuk rumahnya.

Dengan wajah yang tidak mempercayai apa yang dilihatnya, doktor itu terus meluru dan mendakap figura tersebut sambil berkata “Dah balik”. Daripada kaca mata penonton, bayangan hitam yang memaparkan siluet seperti Jun-young yang sudah setahun melarikan diri dek tidak tahan dengan hubungan ibu dan ayahnya.

episod akhir the world of the married

Disebabkan bayangan siluet itu yang kabur, ramai yang hanya menebak bahawa dia adalah anak lelaki Ji Sun-woo. Pun begitu, ada pula teori lain mengatakan bahawa babak tersebut mungkin hanyalah imaginasi wanita itu yang begitu merindui Jun-young selepas lama tidak berjumpa dengannya.

Seorang pengguna Youtube telah meninggalkan komen di salah satu video episod akhir “The World Of The Married” bagi menjelaskan pendapatnya ini.

episod akhir the world of the married

Menurutnya, pada babak penutup tersebut suara latar Ji Sun-woo menggambarkan bahawa dia sedang membayangkan apa yang terjadi sekiranya Jun-young pulang.

Oleh kerana wajah Jun-young dikaburkan, drama ini memberikan peluang kepada penonton untuk menentukan sendiri bagaimana ianya tamat. Mungkin juga Ji Sun-woo hanya terbayangkan kepulangan anaknya atau pun Jun-young memang benar-benar sudah kembali ke pangkuan ibu tercinta. Anda sebagai penonton boleh pilih bagaimana kesudahannya.

Apa pula pendapat korang?

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...