Ikuti Kami:

Ending Tak Dijangka, Rating Episod Akhir ‘Woori The Virgin’ Catat Peningkatan

Ending Tak Dijangka, Rating Episod Akhir ‘Woori The Virgin’ Catat Peningkatan

Sedih sangat apabila drama kesukaan kita menamatkan tayangan kan? Sama seperti “Woori The Virgin” yang telah pun melabuhkan tirai kelmarin.

Sinopsis

“Woori The Virgin” mengisahkan tentang seorang wanita yang menjaga kesuciannya sebelum berkahwin tetapi akhirnya hamil selepas kemalangan berlaku semasa pemeriksaan perubatan. “Woori the Virgin” ialah pembuatan semula Korea dari siri Amerika “Jane The Virgin”.

Ending berlainan

[Amaran SPOILER]

Tidak seperti siri asal, Oh Woo-ri memilih Lee Kang-jae iaitu kekasih yang sentiasa berada bersamanya ketika susah dan senang sejak sebelum mengandungkan Ri-woo hingga melahirkan bayi itu.

sbs woori the virgin

Walaupun berasa pahit dengan takdir hidupnya, Raphael menyambut hari bahagia pasangan itu selain turut menjadi hos perkahwinan mereka.

Rating baik

Untuk episod terakhir ini, “Woori The Virgin” menunjukkan peningkatan rating yang baik iaitu 3.6% namun ia tidak mampu mencapai catatan terbaik iaitu 4.5% ketika episod kedua.

sbs woori the virgin

Korang seronok tak layan siri ini?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...