Ikuti Kami:

Ending Tak Dijangka, ‘Now, We Are Breaking Up’ Berakhir Dengan Rating Baik

Ending Tak Dijangka, ‘Now, We Are Breaking Up’ Berakhir Dengan Rating Baik

Setelah 16 episod bersiaran, “Now, We Are Breaking Up” akhirnya menayangkan episod terakhir kelmarin.

Sinopsis

Ia membawa kisah romantik yang diiringi cinta dan luka yang dilalui pasangan dalam dunia fesyen.

Jodoh tak ke mana

[Amaran SPOILER]

Nekad ingin memulakan langkah baru, Ha Young-eun meninggalkan syarikat lamanya termasuklah melepaskan peluang untuk mengetuai SONO. Bukan itu sahaja, Hwang Chi-hyung (Sehun EXO) dan Jung So-young (Ha-young) turut memulakan fasa baru bersama wanita itu. Bersama-sama, mereka bertiga membina sebuah label fesyen bernama ‘Hwa’.

sbs now we are breaking up

Bagi hubungan Ha Young-eun dan Yoon Jae-kook pula, mereka memberi fokus kepada karier masing-masing tanpa berhubungan langsung. Selama 2 tahun berjauhan, lelaki itu menjadi jurufoto yang berjaya sekaligus mengukuhkan tapaknya dalam dunia fotografi di Paris. Namun peluang untuk kembali ke Korea untuk menghadiri Acara Fesyen Busan tidak dilepaskan lelaki itu, dengan harapan dia akan kembali bertemu cinta hatinya.

Sampai ke babak akhir, Yoon Jae-kook dan Ha Young-eun bertemu semula di Busan. Kedua mereka hanya tersenyum memandang satu sama lain sebelum babak itu tamat.

sbs now we are breaking up

Menerusi penutup itu, kedua mereka masih lagi belum bersama di mana mereka masih lagi ‘sedang memutuskan hubungan kini’. Dengan ending terbuka ini, penonton boleh memilih kesudahan yang diingini mereka.

Rating menurun

Menunjukkan prestasi rating yang tidak menentu, “Now, We Are Breaking Up” hanya mampu berpuas hati dengan catatan yang biasa untuk penutupnya iaitu 6.7%. Walaupun rekod terbaik ialah 8%, namun drama ini hanya mampu berlegar-legar dari 5% ke 6% sehingga ke penghujungnya.

Okay tak ending?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...