Ikuti Kami:

Ending Pahit Manis, Episod Akhir ‘Artificial City’ Raih Rating Terbaik

Ending Pahit Manis, Episod Akhir ‘Artificial City’ Raih Rating Terbaik

Selepas 16 episod membuatkan hati penonton turun dan naik, akhirnya “Artificial City” melabuhkan tirainya kelmarin.

Sinopsis

Berlatarbelakangkan muzium seni milik konglomerat terbesar Korea Selatan, ia membawa kisah ketamakan dan cita-cita individu yang berusaha mencapai kedudukan tertinggi dalam masyarakat.

Kesudahan pahit manis

[Amaran SPOILER]

Sekuat mana pun Yoon Jae-hee (Soo Ae) cuba melawan Kumpulan Sungjin, namun Seo Han-sook (Kim Mi-sook) tetap mampu mengatasinya. Selepas membuat pengakuan bahawa dia yang membunuh Kim Yi-seol (Lee Yi-dam), wanita itu disumbat ke dalam penjara. Dia kemudiannya kehilangan semua termasuklah suami dan anaknya.

Selepas keluar daripada penjara, Yoon Jae-hee dilihat menjalani kehidupannya seperti biasa dan masih lagi berharap agar semuanya akan berubah.

ending artificial city

Rating baik

“Artificial City” merupakan antara drama terbaik JTBC untuk tahun ini. Ini berikutan rekod rating yang stabil ditonjolkan pada sepanjang tayangan.

Untuk episod akhir ini, drama berkenaan berjaya meraih catatan sebanyak 4.695% iaitu merupakan rekod terbaik yang pernah dicatatkannya.

Korang layan tak drama ini?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...