Ikuti Kami:

Ending Misteri Pembunuhan Terus Buat Penonton Keliru, Episod Akhir ‘Elegant Friends’ Catat Rating Terbaik

Ending Misteri Pembunuhan Terus Buat Penonton Keliru, Episod Akhir ‘Elegant Friends’ Catat Rating Terbaik

Selepas 17 episod ditayangkan, akhirnya drama “Elegant Friends” telah pun menamatkan tayangannya kelmarin. Meskipun awalnya menerima respons menghampakan tetapi bermula daripada pertengahan drama itu, ia mula menarik perhatian ramai sehingga mampu meraih rating yang baik sehingga ke episod akhir.

Sinopsis ringkas

“Elegant Friends” adalah sebuah naskhah yang merungkai kisah misteri yang berbelit mengenai satu pembunuhan yang berlaku di satu bandar. Ia menelusuri kisah sekumpulan rakan lelaki pertengahan usia yang menduduki sebuah bandar baharu dengan pasangan masing-masing. Awalnya bahagia tapi semuanya berubah dalam sekelip mata apabila pembunuhan yang berlaku membongkar pelbagai rahsia lain.

Ang Gung-cheol (Yoo Joon-sang) ialah seorang pengurus besar di syarikat francais ayam goreng popular dan merupakan seorang suami yang penyayang. Isterinya Nam Jung-hae (Song Yoon-ah) pula ialah seorang ahli psikiatri yang mementingkan kesempurnaan dan suka berada di rumah.

jtbc elegant friends

Jeong Jae-hun (Bae Soo-bin) adalah seorang duda yang tidak boleh difahami isi hatinya. Manakala Baek Hae-suk (Han Da-gam) adalah cinta pertama kumpulan rakan lelaki tersebut dan kemunculannya kembali selepas 20 tahun nyata menggoncang semula hati mereka.

Jo Hyung-woo (Kim Sung-oh) adalah suami kepada Kang Kyung-ja (Kim Hye-eun) dan mereka merupakan pasangan tua dan muda yang menyenangkan. Park Chun-bok (Jung Seok-yong) pula memiliki isteri yang muda 12 tahun daripadanya iaitu Yoo Eun-sil (Lee In-hye). Kakitangan kerajaan biasa iaitu Cheon Man-shik (Kim Won-hae) mempunyai isteri yang kini mula mengalami kemurungan, Ji Myeong-suk (Kim Ji-young).

[Amaran SPOILER]

Penamat yang mengelirukan

Meskipun sudah tamat, tetapi rata-rata penonton kekal keliru dengan kesudahan yang disajikan oleh “Elegant Friends” ini. Sampai ke sudah ramai yang masih tertanya-tanya siapakah pembunuh Joo Kang-san (Lee Tae-hwan) sebenarnya, adakah Gung-cheol atau pun Jae-hun? Walaupun Jae-hun mengakui bahawa dia membunuh lelaki itu malahan drama ini menggambarkan seperti Gung-cheol yang menyembunyikan segala bukti yang menunding ke arah Jae-hun tapi masih banyak lagi persoalan yang berbelit.

episod akhir elegant friends

Malahan ramai yang tak berpuas hati meskipun kesudahan drama ini adalah menggembirakan namun macam pelik kenapa mereka mendiamkan diri sahaja mengenai pembunuhan yang berlaku dan berlagak bahagia tanpa menyumbat pesalah sebenar ke penjara. Pun begitu, “Elegant Friends” adalah drama yang baik dalam menonjolkan masalah di antara pasangan yang sudah lama berkahwin selain turut menekankan konflik dengan anak-anak.

[SPOILER Tamat]

episod akhir elegant friends

Meskipun banyak kritikan dan juga pujian, drama dewasa ini berjaya mencatatkan rating yang memuaskan sepanjang tayangannya. Selepas duduk selesa dalam lingkungan rating 4%, “Elegant Friends” telah mencatatkan rating tertinggi bagi drama itu pada episod terakhirnya dengan bacaan 5.1%. Dahsyat!

episod akhir elegant friends

Mungkin ada yang sukakan drama misteri sebegini, kadi jangan lupa marathon “Graceful Friends” jika ada kesempatan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...