Ikuti Kami:

Ending Menyentuh Hati, Episod Akhir ‘Bulgasal’ Raih Rating Baik

Ending Menyentuh Hati, Episod Akhir ‘Bulgasal’ Raih Rating Baik

Nampaknya satu lagi drama kegemaran ramai iaitu “Bulgasal” sudah pun melabuhkan tirainya kelmarin.

Sinopsis

Drama fantasi ini mengisahkan dua watak utama di mana seorangnya ialah wanita yang telah melalui beberapa kali kelahiran semula sepanjang 600 tahun lamanya dan mengingati kesemua kehidupan lampaunya. Manakala watak kedua ialah seorang lelaki yang telah hidup sebagai ‘bulgasal’ (makhluk yang hidup menjamah darah manusia dan disumpah dengan kehidupan selamanya) selama 600 tahun.

Kekal berjumpa

[Amaran SPOILER]

Meskipun pelbagai halangan dilalui, namun jodoh Hwal (Lee Jin-wook) dan Min Sang-un (Kwon Na-ra) masih lagi kuat. Selepas 50 tahun berlalu selepas kehilangan mereka, wanita itu menerima sepucuk surat dengan gambar dan lokasi ke sebuah rumah. Tidak mengingati masa lalunya, Min Sang-un hanya mampu menangis tanpa sebab yang pasti.

ending bulgasal

Semasa berada di lokasi tersebut, dia ternampak seorang lelaki yang kelihatan sedang membeli rumah tersebut atau pun sudah memilikinya. Rupa-rupanya lelaki tersebut ialah Hwal.

Mereka kemudiannya berjumpa namun wanita itu memilih untuk berlalu pergi namun hampir terjatuh dan Hwal menyelamatkan wanita itu. Melihatkan tangan lelaki itu terluka, Min Sang-un kemudiannya mendapatkan peti bantuan kecemasan di keretanya. Sambil bertentang mata, Hwal bertanya sama ada mereka pernah berjumpa sebelum ini. Namun Min Sang-un hanya menangis mendengarnya.

ending bulgasal

Rating baik

Meskipun tidak dapat menandingi rating terbaik yang dicatatkan semasa episod pertama iaitu 6.346% namun “Bulgasal” terus menunjukkan prestasi yang memuaskan sepanjang tayangannya.

Untuk episod terkahir, drama fantasi itu meraih rekod rating yang memuaskan iaitu dengan catatan 5.050%.

Korang dah habis layan belum?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...