Ikuti Kami:

Ending Menyenangkan, Rating Episod Akhir ‘Our Beloved Summer’ Catat Rekod Peribadi Terbaik

Ending Menyenangkan, Rating Episod Akhir ‘Our Beloved Summer’ Catat Rekod Peribadi Terbaik

Malap hari-hari ke hadapan apabila “Our Beloved Summer” sudah tiada untuk menceriakan semua.

Sinopsis

“Our Beloved Summer” ialah sebuah drama komedi romantik tentang perasaan rumit pasangan yang telah berpisah. Tetapi apabila dokumentari yang mereka rakam 10 tahun lalu di sekolah menengah tiba-tiba menjadi popular, mereka terpaksa bersama di hadapan kamera sekali lagi.

Bahagia bersama

[Amaran SPOILER]

Meskipun sudah mengakui perasaan sayang antara masing-masing namun Choi Woong dan Kook Yeon-soo sekali lagi berpisah atas tuntutan impian masing-masing. Walaupun berjauhan antara Korea dan Paris, namun kedua mereka mengekalkan hubungan yang baik dan manja.

ending our beloved summer

2 tahun menyulam kasih, pasangan kekasih itu akhirnya mengambil keputusan untuk berkahwin. Malah mereka kembali merakamkan dokumentari baru mengenai kehidupan berkahwin selepas dokumentari yang lalu tular semula.

Rating baik

“Our Beloved Summer” merupakan antara drama romantik yang menjadi kegilaan ramai kini. Walaupun memaparkan plot yang biasa, namun penonton jatuh cinta melihat pasang surut antara hubungan Choi Woong dan Kook Yeon-soo dari remaja ke dewasa, sepertinya mereka memahami dilema yang dilalui keduanya.

ending our beloved summer

Meskipun hanya mampu meraih rating dalam lingkungan biasa namun ianya popular di laman penstriman seperti Netflix. Untuk episod terakhir ini, drama ini berjaya memecahkan rekod peribadi apabila mencatatkan rating sebanyak 5.3%.

Semua puas hati tak dengan ending?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...