Ikuti Kami:

Ending Memuaskan, ‘Welcome To Wedding Hell’ Dipuji Papar Kisah Persiapan Kahwin Realistik

Ending Memuaskan, ‘Welcome To Wedding Hell’ Dipuji Papar Kisah Persiapan Kahwin Realistik

Pasangan suami isteri mahupun yang sedang membuat persiapan untuk melangkah ke alam perkahwinan, pastinya perlu menonton “Welcome To Wedding Hell”.

Dalam 12 episod, penonton di bawa melalui kisah Seo Jun-hyung (Lee Jin-wook) dan Kim Na-eun (Lee Yeon-hee) dari fasa persiapan perkahwinan ke majlis bermakna tersebut. Tampil realisitik, siri Kakao TV ini memaparkan kesukaran pasangan kekasih untuk berjanji sehidup semati.

Bahkan dalam episod terakhir ini, pasangan ini terus mengalami pelbagai kesukaran yang tidak dijangka seperti Seo Jun-hyung yang gementar dan terasa mahu pengesan sebelum majlisnya. Ia juga menampilkan aspek menyentuh hati apabila kedua mereka meluahkan perasaan terbuku bersama ibu bapa masing-masing sebelum meninggalkan rumah itu untuk membina keluarga baru.

kakao tv welcome to wedding hell

Meskipun setiap episod mempunyai tempoh tayangan yang pendek sahaja namun “Welcome To Wedding Hell” dipuji kerana menunjukkan sisi ‘tidak indah’ mengenai persiapan perkahwinan seperti sesi melamar, pembelian barangan perkahwinan, pencarian rumah baru. Drama ini juga diangkat sebagai ‘manual persiapan perkahwinan’ buat semua pasangan di luar sana yang sedang melalui fasa ini.

Siapa yang terlepas, anda boleh menonton kesemua episod “Welcome To Wedding Hell” di Netflix kini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...