Sudah puas mencipta nama di Channel A, akhirnya “Show Window” sudah pun melabuhkan tirainya kelmarin.
Sinopsis
“Show Window” ialah drama melodrama misteri mengenai seorang wanita yang menyokong seorang wanita lain tanpa mengetahui bahawa dia ialah perempuan simpanan suaminya.
Ending memuaskan
[Amaran SPOILER]
Dek kerana ketamakan, akhirnya Shin Myung-seob (Lee Sung-jae) terjerut dengan helah sendiri. Siapa sangka Han Sun-joo (Song Yoon-ah), Yoon Mi-ra (Jun So-min) dan Han Jung-won (Hwang Chan-sung) adalah lebih bijak daripadanya. Selepas puas dikhianati, lelaki itu akhirnya mati di tangan kekasih gelapnya sambil disaksikan oleh isterinya sendiri.
Dalam pada itu, Yoon Mi-ra berkeras mahu dipenjarakan walaupun cuba dibantu oleh Han Jung-won. Malah wanita itu merayu pada Han Sun-joo agar membiarkan dia di dalam tahanan sebagai cara untuk membersihkan dosanya kerana menghancurkan keluarga wanita itu.
Rating tinggi
Sejak awal tayangan, “Show Window” terus menjadi sebutan ramai. Bahkan ianya popular dalam kalangan peminat drama sehingga mampu memecah rekod rating bagi drama dalam sejarah Channel A.
Untuk episod terakhir ini, drama pembalasan dendam ini sekali lagi mencipta rekod baru apabila mencatatkan rating sebanyak 10.335%. Sekaligus ia merupakan rating tertinggi bagi Channem A setakat ini.
Korang puas hati tak dengan ending?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.