Setelah 14 episod bermain dengan perasaan penonton, akhirnya “Connection” melabuhkan tirai kelmarin.
Menurut Nielsen Korea, drama SBS itu berakhir dengan rating tertinggi sepanjang tayangannya. Episod akhir thriller hit ini menduduki tempat pertama dalam slot waktunya dengan rating purata keseluruhan sebanyak 14.2%.
Dalam episod terakhir ini, Jang Jae-kyung (Jisung) akhirnya berjaya membongkar kisah di sebalik kematian Jun-seo dan berhenti menggunakan dadah secara sepenuhnya. Malah dia juga berjaya mendapatkan wang insurans untuk meneruskan hidupnya.
Untuk pengetahuan, “Connection” membawa kisah pencarian kebenaran disebalik kejadian rakan sekolah menengah yang meninggal dunia dan meninggalkan duit insurans sebanyak 5 bilion won (RM17.8 juta).
Mantap kan endingnya?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.