Selepas 3 bulan menemai kita pada setiap hujung minggu, akhirnya “Vincenzo” melabuhkan tirainya kelmarin.
[Amaran SPOILER]
Ending memuaskan
Episod akhir terus membuatkan penonton tak senang duduk memandangkan Jang Han-seok (Ok Taec-yeon) yang terus ‘menggila’ sehingga ke akhirnya. Walaupun Hong Cha-young (Jeon Yeo-bin) dan Vincenzo (Song Joong-ki) terselamat daripada serangan tersebut namun sayangnya, Jang Han-seo (Kwak Dong-yeon) menghembuskan nafasnya yang terakhir selepas mematahkan percubaan membunuh abangnya.
Vincenzo kemudiannya tidak berbelah bagi dalam memburu Choi Myung-hee dan Jang Han-seok bagi menamatkan ‘peperangan’ antara mereka. Tidak menghampakan apabila keduanya mati dengan cara yang paling menyakitkan sekali dan tersangatlah ‘mafia’. Pun begitu, Vincenzo terpaksa melarikan diri ke luar negara selepas dia menjadi buruan polis Korea.
Setahun berlalu, tiada siapa yang dapat menjejaki keberadaan mafia Itali itu. Walaubagaimanapun, dia tidak terlepas menghantar poskad dengan gambar negara ‘Malta’ kepada Hong Cha-young pada saban bulan.
Janji ditepati, Vincenzo kembali bertemu Hong Cha-young di sebuah majlis keramaian bagi menyambut hubungan diplomatik di antara Korea-Itali. Malah penonton tersenyum gembira melihat kedua mereka mengakui perasaan antara satu sama lain meskipun tidak menyatakannya secara lahiriah.
Drama anti-hero lain daripada yang lain
Menariknya “Vincenzo”, premis ini tidak memaksa penonton mempercayai bahawa mereka ialah sekumpulan orang yang baik. Vincenzo dan Hong Cha-young ternyata menjalani misi mereka dengan menggunakan cara jahat yang sama digunakan penjahat. Tapi mereka mendapat sokongan ramai kerana ianya hanyalah bertujuan untuk menghapuskan yang tamakkan kuasa dan pengaruh sehingga mengeksploitasi pihak yang lemah.
Plot yang ‘rare’ ini membuatkan “Vincenzo” menjadi ikutan ramai sehingga 20 episodnya tamat. Bahkan ianya terbukti popular apabila rating yang dicatatnya terus meningkat pada setiap episod. Tayangan terakhir drama ini mencatatkan rekod rating tertinggi sepanjang tayangan dengan catatan 16.1% selain menduduki tangga ke-6 dalam ranking rating tertinggi dalam saluran tvN.
Apa pula pendapat anda? Syok tak ‘Vincenzo’ ini?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.