Ikuti Kami:

Ending Memuaskan, Episod Akhir ‘The Law Cafe’ Raih Rating Tertinggi

Ending Memuaskan, Episod Akhir ‘The Law Cafe’ Raih Rating Tertinggi

Akhirnya, “The Law Cafe” telah pun menamatkan tayangannya kelmarin!

Sinopsis

“The Law Cafe” adalah sebuah drama yang mengisahkan mengenai seorang pemilik rumah sewa, Kim Jong-ho lakonan Lee Seung-gi yang juga merupakan bekas pendakwa raya, manakala, Kim Yu-ri iaitu lakonan Lee Se-young merupakan seorang penyewa dan juga seorang peguam.

Bahagia akhirnya

[Amaran SPOILER]

Walaupun menghadapi pelbagai halangan, Yu-ri dan Jong-ho akhirnya mengikat janji selamanya dengan berkahwin sambil disaksikan teman dan keluarga rapat. Meski angin kencang dan hujan lebat menimpa majlis berkenaan, namun keduanya tetap bahagia bersama.

kbs the law cafe

Dalam pada itu, kedua mereka meneruskan bisnes kafe itu dan memberi peluang untuk pelanggan untuk mendapatkan nasihat dari si rasional Jong-ho ataupun si bersimpati Yu-ri. Memberikan nasihat guaman terbaik, perniagaan mereka terus berkembang pesat pada saban hari.

Rating baik

Untuk episod akhir ini, “The Law Cafe” berjaya mencapai rating sebanyak 5.3% iaitu setanding dengan angka terbaik diraih sebelum ini.

kbs the law cafe

Secara keseluruhan, drama ini mendapat pujian ramai kerana menampilkan plot ringan dan boleh ditonton oleh semua orang tanpa mengira usia. Malah elemen misteri yang diketengahkan juga membuatkan penonton terus melekat di hadapan televisyen.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...