Ikuti Kami:

Ending Memuaskan, Episod Akhir ‘School 2021’ Hanya Raih Rating Biasa

Ending Memuaskan, Episod Akhir ‘School 2021’ Hanya Raih Rating Biasa

Akhirnya tamat sudah drama “School 2021” selepas 16 episod menghiburkan penonton.

Sinopsis

Siri ke-8 bawah jenama “School” ini membawa kisah pelajar sekolah menengah yang mengejar impian mereka dan menolak melalui perjalanan mengambil ujian kemasukan kolej seperti biasa. Ianya akan memaparkan kisah remaja 18 tahun menjadi matang, hubungan persahabatan dan cinta menuju ke masa depan yang tiada jaminan.

Bahagia akhirnya

[Amaran SPOILER]

Meskipun Sekolah Menengah Sains Dan Teknologi Nulji hampir ditutup namun dengan semangat kerjasama antara pelajar dan gurunya, ianya berjaya dipertahankan untuk beroperasi seperti biasa. Malah Gong Ki-jun (Kim Yo-han) memilih untuk terus tinggal di Korea bersama kekasihnya, Jin Ji-won (Jo Yi-hyun) dan menolak tawaran ibunya untuk menyambung pelajaran ke Kanada.

kbs school 2021

Rating rendah

Sepanjang tayangannya, “School 2021” gagal menggapai rating yang tinggi dan terpaksa duduk selesa dengan catatan dalam lingkungan 1% ke 2% sahaja. Untuk episod terakhir ini, ianya berjaya meraih rating sebanyak 1.6% sahaja.

Korang layan tak drama ini?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...