Ikuti Kami:

Ending Memuaskan, Episod Akhir ‘Good Job’ Raih Rating Biasa

Ending Memuaskan, Episod Akhir ‘Good Job’ Raih Rating Biasa

Banyak drama Korea yang melabuhkan tirainya kelmarin, termasuklah “Good Job” di saluran ENA.

Sinopsis

Drama penyiasatan romantik ini membawa kisah penyiasatan yang dilakukan si pewaris kaya, Eun Sun-woo (Jung Il-woo) dan Don Se-ra (Kwon Yu-ri) yang merupakan wanita kurang kemampuan.

Bahagia juga

[Amaran SPOILER]

Episod akhir ini membawa kesemua mereka mencari Don Se-ra yang diculik Kim Jae-ha (Hong Woo-jin) di vila milik Sun-woo. Walaupun dipasang dengan alat yang boleh menjadi bahan letupan, wanita itu tetap berkeras dan mencuba untuk melepaskan diri bagi menyelamatkan Eun Sun-woo yang sedang bergelut dengan Kim Jae-ha.

ena good job Selepas konflik ini selesai, Don Se-ra dan Kim Jae-ha akhirnya melangkah ke hubungan yang lebih serius dan membuktikan rasa cinta yang kuat buat satu sama lain. Malah mereka sepertinya bermula untuk menyelesaikan kes baru pada penghujung siri itu.

Rating biasa

Sepanjang tayangannya, “Good Job” hanya mampu berpuas hati dengan catatan rating dalam lingkungan 2% sahaja. Malah siri 12 episod ini berkahir dengan rating 2.3 sahaja dan tidak mampu menandingi rekod terbaik iaitu 3.175%.

Apa kata anda?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...