Nampaknya akan sendu lah hari Isnin dan Selesa selepas ini memandangkan “A Business proposal” sudah pun melabuhkan tirainya kelmarin.
Sinopsis
Drama komedi romantik ini memaparkan kisah cinta kontrak antara bos syarikat dan stafnya.
Bahagia akhirnya
[Amaran SPOILER]
Meskipun terpaksa berpisah selama setahun kerana Kang Tae-mu menemai datuknya ke Amerika Syarikat untuk rawatan jantung, hubungannya dan Shin Ha-ri hanya semakin utuh selepas itu. Malah lelaki tersebut terus sahaja melamar teman wanitanya dan menanam harapan untuk berkahwin tak lama nanti.
Hubungan Young-seo yang menerima tentangan ayahnya tetap tidak menghalang wanita itu terus bersama Sung-hoon, bahkan dia sanggup berhenti dari syarikat sendiri bagi meneruskan jalan yang baru di samping kekasih hatinya itu.
Rating baik
Walaupun episod akhir ini tidak dapat melawan rekod rating terbaik iaitu 11.8% namun “A Business Proposal” mengekalkan prestasi yang mengagumkan dengan catatan 11.4%. Drama ini ternyata popular dalam kalangan peminat K-Drama kerana keserasian watak utama selain plot yang ringan dan mengujakan.
Walau bagaimanapun, ada sesetengah penonton yang mempersoalkan ending “A Business Proposal” yang sedikit terburu-buru katanya.
Episod 12 terasa singkat dna endingnya agak terburu-buru? Tolonglah panjangkan ke episod 1, berkahwin, ada anak.
Endingnya terasa sangat tiba-tiba. Jadi, agak mengecewakan.
Sepertinya pasangan utama ditolak ke belakang dan terpaksa menyelesaikan episod untuk orang di sekeliling mereka.
Lebih baik kalau ada 16 episod. Ending bahagia memang bagus, tapi ianya terlalu tak best dan kurang memuaskan.
Kelebihan drama kini: ‘Awak tak perlu tonton episod akhir. Awak akan kecewa.’
Korang dah habis menonton ke?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.