Setelah beberapa minggu, akhirnya “The Player 2: Master Of Swindlers” telah pun menamatkan siaran dengan hebat!
Menurut Nielsen Korea, episod akhir drama berkenaan meraih rating tertinggi sepanjang tayangan dengan catatan 4.3%.
Dalam episod akhir ini, Kang Ha-ri (Song Seung-hun) berjaya menjalankan misi terakhirnya memburu dan berjaya menumpaskan Jeffrey Jung (Kim Kyung-nam) yang sudah terlalu banyak membunuh orang.
Bukan sahaja plot dipuji, malah gandingan Song Seung-hun, Oh Yeon-seo, Lee Si-eon, Jang Gyu-ri dan lain-lain berjaya menambah rencah menarik dalam drama itu.
“Player” ialah drama aksi mencuri wang di mana kesemua individu terbaik dalam pelbagai bidang seperti penipu, penggodam, pahlawan dan pemandu bekerjasama bagi mencuri wang yang diperolehi secara haram dari orang kaya.
Korang dah habis layan ke?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.