Ikuti Kami:

Ending Dipuji, Episod Akhir ‘Forecasting Love & Weather’ Raih Rating Baik

Ending Dipuji, Episod Akhir ‘Forecasting Love & Weather’ Raih Rating Baik

Bukan sahaja “Twenty Five, Twenty One” namun “Forecasting Love & Weather” turut menamatkan siarannya kelmarin.

Sinopsis

“Forecasting Love and Weather” ialah drama di pejabat yang mengisahkan tentang kerja dan kehidupan cinta orang-orang di Pentadbiran Meteorologi Korea.

Cinta berbunga

[Amaran SPOILER]

Meskipun cuba menutup perasaan masing-masing dan tidak mahu membebankan satu sama lain dengan jangkaan dan masalah sendiri, namun Lee Shi-woo dan Jin Ha-kyung sentiasa teringatkan cinta mereka itu.

Tahu bahawa perpisahan bukanlah pilihan yang baik, keduanya membuktikan rasa cinta mereka sambil disaksikan salji pertama yang turun pada musim tersebut.

ending forecasting love and weather

Rating baik

Rata-rata penonton meninggalkan pujian selepas menonton drama ini kerana lakonan mantap pelakon utama selain plotnya yang membuatkan hati ramai terbuai.

Terbukti popular, episod akhir “Forecasting Love & Weather” berjaya meraih rating sebanyak 7.3% iaitu satu angka yang baik buat drama berkenaan meskipun tidak dapat mengatasi rekod terbaiknya iaitu 7.849% yang dicatatkan semasa episod ke-4.

Puas hati tak tengok drama ini?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...