Ikuti Kami:

Ending Dijangka, Episod Akhir ‘Snowdrop’ Catat Rating Biasa

Ending Dijangka, Episod Akhir ‘Snowdrop’ Catat Rating Biasa

Setelah membuatkan emosi penonton naik turun selama 16 episod, “Snowdrop” telah selamat melabuhkan tirianya kelmarin.

Sinopsis

“Snowdrop” berlatar belakangkan Seoul pada tahun 1987 dan membawa kisah Im Su-ho (Jung Hae-in), seorang pelajar di universiti berprestij yang tiba-tiba berlari masuk ke asrama wanita pada satu hari dalam keadaan berlumuran darah. Eun Young-ro (Ji-soo), seorang pelajar yang ceria dan baik hati kemudiannya telah menyembunyikan lelaki itu dan merawat lukanya walaupun dalam keadaan bahaya.

Penuh debaran

[Amaran SPOILER]

Hingga ke sudah, para pelajar yang terperangkap di dalam asrama itu mengalami kesukaran untuk dibawa keluar malah presiden memilih untuk membunuh kesemua pelajar itu bagi menyelesaikan semuanya.

Semasa serangan itu, Im Su-ho kembali ke asrama berkenaan meskipun dia terlepas dengan wang 300 milion won bersama Kang Chung-ya (Yoo In-na). Malah dia sempat meminta wanita itu supaya membantu keluarganya dengan wang tersebut. Hatinya yang berbolak-balik mengenai rancangan pembunuhan itu membuatkan dia masuk semula ke asrama itu untuk menyelamatkan Eun Young-ro.

ending snowdrop

Namun semuanya tidak indah belaka, lelaki itu terpaksa bertempur dengan tentera bersenjata sebelum ditembak bertalu-talu dalam usaha menyelamatkan kekasih hatinya. Dalam nafas terakhirnya, Im Su-ho sempat meninggalkan kaset yang dirakamkan olehnya buat Eun Young-ro selain mengungkapkan kata cinta buat wanita itu.

Setahun kemudian, asrama itu kembali beroperasi seperti sedia kala dan lebih gah daripada dahulu. Pun begitu, Eun Young-ro masih terperangkap dengan perasaan lama apabila dia kembali ke kafe yang pernah dikunjungi bersama Im Su-ho dan memainkan kaset yang ditinggalkan lelaki itu. Tiada apa yang diungkapkan melainkan hanya tangisan yang tidak terhenti.

ending snowdrop

Rating biasa

Ending yang dipaparkan itu ternyata sudah dijangkakan oleh penonton memandangkan agak sukar dua individu yang berbeza latar belakang untuk bahagia selamanya. Malah klu di mana Im Su-ho merakamkan luahan perasaan buat Eun Young-ro itu sedah memberikan gambaran bahawa ia akan berakhir sedih.

Untuk episod akhir ini, “Snowdrop” berjaya memperbaiki rekodnya di mana ia tamat dengan catatan 3.4%. Meskipun tidak dapat mengalahkan rekod peribadi terbaik iaitu 3.9% yang dicatatkan semasa episod kedua namun drama itu membuktikan bahawa ia mampu melepasi lingkungan rating 3%.

ending snowdrop

Dalam pada itu, Jung Hae-in dan Jisoo BLACKPINK yang merupakan teraju utamanya nyata berpuas hati dengan “Snowdrop”. Selepas episod akhir ditayangkan, mereka berdua memuat naik foto drama itu dengan markah 100 menandakan bahawa naskhah itu merupakan yang terbaik buat mereka.

Okay tak korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...