Ikuti Kami:

Ending Buat Penonton Seronok, ‘Dali And Cocky Prince’ Tamat Dengan Rating Tertinggi

Ending Buat Penonton Seronok, ‘Dali And Cocky Prince’ Tamat Dengan Rating Tertinggi

Sedihnya bila drama yang buatkan anda gembira pada saban minggu dah menamatkan tayangan. Sayang nak lepaskan “Dali And The Cocky Prince” pergi kan?

Sinopsis

“Dali And Cocky Prince” membawa kisah cinta antara seorang lelaki dan perempuan yang langsung tidak mempunyai persamaan. Jin Mu-hak (Kim Min-jae), di mana keluarganya berjaya membesarkan perniagaan gamja-tang yang kecil sehingga menjadi syarikat makanan global. Meskipun merupakan pengarah di syarikat tersebut, namun dia kurang cerdik dan sentiasa menduduki tempat terakhir dalam ranking akademik di sekolah. Sedang dalam usaha untuk mendapatkan sebuah muzium seni yang dimiliki oleh Kim Da-li, seorang perempuan elit dan dia akhirnya jatuh cinta dengan wanita itu.

kbs dali and cocky prince

Akhir bahagia

[Amaran SPOILER]

Meskipun menghadapi situasi genting selepas ditikam , Jin Mu-hak berjaya diselamatkan dan melalui pembedahan dengan jayanya. Pun begitu, walaupun segala perbuatan Jang Tae-jin didedahkan, lelaki itu terlepas daripada hukuman dan hanya berhenti daripada posisinya di dalam syarikat sahaja.

Bikin berdebar sahaja apabila drama tersebut memberikan hint sepertinya Jin Mu-hak dan Kim Da-li berpisah namun sebenarnya hubungan mereka terus utuh selama setahun lamanya. Malah lelaki itu turut melamar Kim Da-li di galeri dengan lamaran yang romantis dan ‘bersemut’ habis.

kbs dali and cocky prince

Rating memberangsangkan

“Dali And Cocky Prince” menunjukkan catatan rating yang stabil sepanjang tayangannya iaitu dalam lingkungan 5%. Melabuhkan tirai dengan bergaya, ianya berjaya mencatatkan rating sebanyak 5.7% iaitu rekod terbaik yang pernah diraihnya sekaligus membuktikan kepopularitian drama ini.

Siapa yang sukakan drama romantik pastinya perlu marathon “Dali And Cocky Prince”!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...