Sedar tak sedar, “Love Next Door” sudah pun menamatkan tayangan kelmarin.
Untuk episod terakhir ini, drama romantik komedi ini mencapai rating tertinggi sepanjang tayangan dengan catatan 8.5% di seluruh negara lantas mencapai rekod baru.
Sebagai penutup, pasangan Bae Seok-ryu (Jung So-min) dan Choi Seung-hyo (Jung Hae-in) serta Mo-eum (Kim Ji-eun) dan Dan-ho (Yoo Ji-on) menemui bahagia mereka dan meneruskan kehidupan di kejiranan itu.
“Love Next Door” yang bersiaran di Netflix membawa kisah seorang wanita bernama Bae Seok-ryu, yang cuba memulakan semula hidupnya yang bermasalah dan anak lelaki rakan ibunya iaitu Choi Seung-hyo, yang dianggap sebagai babak gelap dalam hidup Bae Seok-ryu.
Best tak episod akhir?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.