Ikuti Kami:

“Emosi Saya..” – Meski Banyak Khabar Angin, Kim Jongkook Sendiri Mengaku Tiada Rasa Cinta Pada Song Jihyo?

“Emosi Saya..” – Meski Banyak Khabar Angin, Kim Jongkook Sendiri Mengaku Tiada Rasa Cinta Pada Song Jihyo?

Masih tak nampak bayangan jodoh, Kim Jong-kook mengaku bahawa dia ingin berkahwin sebelum umur mencecah 50 tahun.

Terbaru pada 3 April, Kim Jong-kook telah muncul dalam siaran “Radio Star” dan ada berkongsi tentang kehidupan percintannya kini.

Pada awalnya, lelaki itu menjelaskan sebab mengapa dia masih belum berkahwin,

Saya tak pernah membayangkan bahawa saya tidak akan berkahwin sehingga sekarang. Apabila masa berlalu, saya sedar suka bersenam adalah kelemahan dalam hubungan. Dalam hubungan, awak akan bergaduh kerana masalah senaman.

Sambungnya,

Dia akan sentiasa bertanya soalan seperti ‘Adakah awak suka saya atau bersenam?’. Apabila ditanya seperti itu, saya mungkin akan jawab ‘Dua itu adalah berbeza?’ tetapi dia akan kecewa. Itu kerana dia mahu mendengar ‘Saya lebih suka awak’. Tetapi itu tidak benar. Kedua-dua perkara itu sama sekali berbeza.

kim jongkook

Kemudian, ketika ditanya jika dia masih ada ‘sel cinta’ dalam dirinya, Kim Jong-kook mengaku,

Saya rasa ia dah tak sama seperti dulu. Walaupun tetamu cantik muncul dalam rancangan itu, saya tidak merasakan apa-apa. Emosi saya tidak melampaui kerja. Tetapi, saya memang mahu berkahwin sebelum umur 50 tahun.

Semoga ada jodoh yang sesuai buat Kim Jong-kook tak lama lagi.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Xports News

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...