Ikuti Kami:

Permainan ‘Squid Game’ Bakal Dilancar Di Emiriah Arab Bersatu

Permainan ‘Squid Game’ Bakal Dilancar Di Emiriah Arab Bersatu

Dek demam “Squid Game” di seluruh dunia, nampaknya ramai yang cuba meniru permainan itu tak kira di mana sahaja.

Terbaru, Pusat Kebudayaan Korea (KCC) di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) akan mengacarakan program “KCC Squid Game” tak lama lagi. Khabarnya, daripda 300 yang memohon, hanya dua kumpulan untuk 15 peserta sahaja yang akan berentap.

Mengambil inspirasi daripada siri Netflix popular itu, acara berkenaan akan menampilkan peserta menggayakan kostum sama seperti watak di dalamnya manakala staf pula akan mengenakan pakaian pink ikonik dengan simbol bulat, petak dan segi tiga. Ianya akan membawa 4 permainan daripada 6 yang ditayangkan di dalam “Squid Game” di mana permainan tarik talik dan juga sotong dikecualikan.

kcc squid game

Selain itu, permainan ddakji yang dimainkan oleh penjual (Gong Yoo) dan Sung Ki-hoon (Lee Jung-jae) akan diselitkan dalam jadual permainan tersebut.

Hanya terdapat dua perbezaan di antara acara ini dengan permainan sebenar iaitu secara normalnya, tiada yang akan menggadai nyawa dan tiada wang ganjaran yang ditawarkan. Ini kerana pusat berkenaan berharap agar acara ini akan menyebarkan lagi mengenai budaya Korea buat penduduk UAE.

kcc squid game

Untuk keselamatan peserta, pistol palsu akan digunakan dan bagi permainan memijak kaca hanya akan dimainkan di atas tanah dan bukannya tergantung di udara.

Malaysia tak nak buat ke?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...