Utama Celebrity News Eli Bekas Ahli U-KISS Kembali Bersama Bekas Isteri, Kerja Kilang Demi Keluarga

Eli Bekas Ahli U-KISS Kembali Bersama Bekas Isteri, Kerja Kilang Demi Keluarga

eli

Peminat K-Pop generasi kedua pasti sangat mengenali Eli, bekas ahli kumpulan U-KISS. Eli, yang berkewarganegaraan Amerika, sebelum ini pernah berkahwin dengan model perlumbaan, Ji Yeon-soo pada 2017. Dia dan isterinya mempunyai perbezaan umur 11 tahun, menyebabkan ramai yang menentang hubungan mereka. Pasangan itu mempunyai seorang anak lelaki bersama namun, mereka mengumumkan perceraian mereka pada November 2020.

Setelah sekian lama, mereka muncul dalam sebuah program realiti,  “After Divorced 2”, di mana Eli bertemu semula dengan bekas isteri dan anaknya selepas dua tahun. Mereka tidak berjumpa kerana Eli telah kembali ke Amerika pada ketika itu.

Menerusi program “After Divorced 2” itu juga, Eli bersama isteri dan anaknya telah bersatu semula secara rasmi sebagai sebuah keluarga. Eli memutuskan untuk tinggal di Korea demi isteri dan anaknya yang masih kecil, manakala Ji Yeon-soo telah memaafkan bekas suaminya itu sepenuh hati.

Pada episod pra-tonton yang disiarkan pada 20 Mei 2022, Eli dilihat menyerahkan profil kerjanya di sebuah syarikat pembungkusan makanan. Malangnya, sesi temuduga tersebut berakhir apabila Eli membuat penampilan sulungnya dan promosi dengan U-KISS. Walaupun dia pernah bekerja sebagai pengurus di restoran Korea keluarganya di Amerika, CEO itu tidak kelihatan begitu kagum.

eli

Walaupun CEO syarikat menyatakan kebimbangannya terhadap keupayaan dan kesanggupan Eli untuk bekerja, Eli meyakinkan bahawa dia akan berusaha sehabis baik. Eli kini membantu membungkus produk makanan dan menyediakannya untuk penghantaran, serta menyelia penghantaran.

Tersentuh hati bila tengok Eli bertemu semula dengan isteri serta anaknya kan? Eli pula sanggup melakukan apa jua pekerjaan demi keluarganya. Bertangungjawab kan Eli?

Semoga terus berbahagia buat Eli dan keluarga!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERInsight
Loading...