Nampaknya, Jennie BLACKPINK telah mengukuhkan kedudukannya sebagai seorang pelakon menerusi debut dalam “The Idol”.
Terbaru dalam episod 4 “The Idol” yang ditayangkan pada 25 Jun, satu babak Jennie telah menjadi viral, di mana wataknya Dyanne, telah mendapat tawaran untuk menandatangani kontrak di bawah agensi Jocelyn (Lily-Rose Depp).
Khususnya, penonton kagum melihat ekspresi Jennie dalam adegan itu tambahan pula, dia kelihatan amat mempesonakan dalam gaun yang digayakan.
all of jennie’s scenes from the idol ep 4: a compilation pic.twitter.com/LUP9MGAHd4
— jj⚘ (@chaelisagrande) June 26, 2023
Kemudian dalam babak lain yang turut mendapat perhatian, Dyanne memberitahu bahawa agensi memintanya untuk membuat persembahan lagu hit Jocelyn “World Class Sinner” sebagai gantinya dan telah pun sertai agensi yang sama dengan wanita itu.
Menarik perhatian, adegan penuh emosi itu telah dipuji penonton dan ramai juga yang memuji keserasian yang dipamerkan kedua pelakon itu dalam skrin.
Fighting Jennie!
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily