Selepas Ji-hyo, Tzuyu adalah ahli TWICE yang seterusnya debut sebagai penyanyi solo!
Baru-baru ini, Tzuyu telah melalukan debut sebagai artis solo dengan lagu “Run Away” dan sedang sibuk mempromosikan lagu itu dalam program muzik Korea.
Meskipun muzik video untuk lagu itu berjaya menerima sambutan hangat dengan lebih 7 juta tontonan kini namun, persembahan siaran langsungnya telah meraih kritikan ramai.
Melihat komen netizen di laman TikTok, ramai rata-rata mengkritiknya dan beranggapan bahawa dia tiada aura di atas pentas walaupun dah hampir 10 tahun debut sebagai idola.
Tambahan, ekspresi wajahnya juga dikatakan nampak ‘kosong’ dan langsung tidak menjiwai lagu. Antara komen yang ditulis,
- Saya harap dia mempunyai lebih ekspresi di wajahnya.
- Lagu tu best tapi auranya..
- Siapa yang buat keputusan dia untuk debut solo ni?
Namun begitu, ramai juga peminat yang tampil mempertahankannya dan mendakwa mungkin Tzuyu masih gementar untuk persembahan solo pertamanya.
Apa pendapat korang pula?