Ikuti Kami:

“Ekspresi Wajahnya..” – Penonton K-Drama Akui Bakat Lakonan Yoo Yeonseok Dalam ‘When The Phone Rings’

“Ekspresi Wajahnya..” – Penonton K-Drama Akui Bakat Lakonan Yoo Yeonseok Dalam ‘When The Phone Rings’

Sejak bakat lakonannya diperakui sebagai watak sampingan dalam “Reply 1988”, nama Yoo Yeon-seok kian mekar sebagai pelakon hebat kini.

Terbaru, lelaki tersebut menempa nama dalam kalangan peminat K-Drama global menerusi drama “When The Phone Rings” yang bersiaran menerusi MBC dan Netflix.

Yoo Yeon-seok membuktikan bahawa dia boleh melakonkan watak dingin sebagai Baek Sa-eon, yang merupakan penasihat presiden Korea dan memiliki isteri yang dirahsiakan dari pengetahuan umum.

Menerusi satu entri di laman komuniti Korea, pengguna berkenaan memuji lakonan Yoo Yeon-seok yang mampu meluahkan pelbagai ekspresi untuk pelbagai situasi. Katanya,

Sudah tentu, penampilannya dalam sut memang hebat. Tak sangka dia berlakon sebegitu baik. Ekspresi wajahnya betul-betul luar biasa. Semua emosi yang rumit dapat dilihat dengan jelas.

Tambah yang lain,

  • Serius, bagus gila.
  • Saya jatuh dengan dia dalam drama ni, suara dia pun sedap.
  • Memang lakonan dia bagus sangat!
  • Setiap kali tengok babak dia, saya tetap kagum.

Korang layan “When The Phone Rings”?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   The Qoo

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...