Namgoong Min menunjukkan keyakinannya terhadap drama SBS lakonannya, “Our Movie”.
Kelmarin, Namgoong Min memuat naik tangkapan skrin artikel berkaitan rating tontonan “Our Movie” di akaun media sosialnya, bersama kapsyen,
Walaupun rating tontonan sekarang masih rendah, saya sangat yakin. Jadi saya mohon anda semua terus beri perhatian dan sokongan sekurang-kurangnya sehingga episod 5.
Dia turut menambah,
Dan jika pada ketika itu masih tiada peningkatan yang ketara, maka silalah beri kritikan yang pedas, kata-kata yang menyakitkan, malah ejekan. Itu semua akan jadi tanggungjawab saya.
“Our Movie” mula ditayangkan pada 13 Jun, mengisahkan cinta yang tidak boleh ditangguhkan antara pengarah filem Je-ha yang tiada masa depan, dan pelakon Da-eum yang menjalani hari terakhirnya. Namgoong Min dan Jeon Yeo-been membintangi drama ini sebagai watak utama.
Drama ini merupakan susulan kepada “The Escape of the Seven” dan mencatatkan rating tontonan 4.2% untuk episod pertama dan 3% untuk episod kedua, berdasarkan data Nielsen Korea untuk tontonan seluruh negara.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.