Ikuti Kami:

“Eh Macam Dr Ji The World Of The Married” – Netizen Komen Scha Al Yahya Ada Iras Kim Heeae

“Eh Macam Dr Ji The World Of The Married” – Netizen Komen Scha Al Yahya Ada Iras Kim Heeae

Mesti semua tak habis lagi dengan penangan drama “The World Of The Married” kan? Punyalah menjadi fenomena sehinggakan netizen Malaysia yang tak tengok K-Drama pun terjebak sekali menonton naskhah ini. Tak sangka ramai rupanya yang minat kisah curang dan balas dendam antara pasangan suami isteri!

Selepas 16 episod turun naik emosi semasa menonton, akhirnya tamat juga drama itu. Walaupun ramai yang seperti tidak berpuas hati dengan penamatnya tetapi ada segelintir yang memahami kenapa ia ditutup seperti itu. Tak semua perhubungan berakhir degan dramatik, “The World Of The Married” menerapkan elemen realistik di dalamnya bagi menggambarkan kehidupan rumah tangga yang sebenar.

episod akhir the world of the married

Disebabkan oleh drama ini, ramai betul yang mula minat dengan pelakon Kim Hee-ae yang bawa watak Dr Ji Sun-woo. Ketabahannya dalam menghadapi dugaan hidup membuatkan ramai yang terkesan dengan watak tersebut. Lakonan yang mantap juga menambah perisa secukupnya bagi drama ini.

Agaknya masih tak boleh ‘move on’ lagi, ramai rakyat Malaysia yang mengatakan bahawa pelakon Scha Al-Yahya ada iras dengan wajah pelakon hebat itu. Daripada entri Instagram pelakon wanita ini, ada komen yang mengatakan bahawa dia kelihatan seperti Kim Hee-ae.

scha al-yahya iras kim heeae

scha al-yahya iras kim heeae

Bahkan Scha juga berseloroh dan bersetuju sahaja dengan komen-komen yang ditinggalkan pada entri tersebut.

Er, boleh. Saya tak kisah sangat.

scha al-yahya iras kim heeae

Apa pendapat korang? Sama ke tak?

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...