Ikuti Kami:

Efek Musim Pertama, Rating Episod Kedua ‘Doctor Romantic, Teacher Kim 2’ Sudah Cecah Lebih 20%!

Efek Musim Pertama, Rating Episod Kedua ‘Doctor Romantic, Teacher Kim 2’ Sudah Cecah Lebih 20%!

Siapa pernah tonton drama popular “Romantic Doctor Kim” yang ditayangkan pada hujung 2016 sehingga awal tahun 2017? Naskhah ini mendapat perhatian ramai semasa tayangannya kerana gambaran hal perubatan profesional yang sangat realistik selain mesej tersiratnya yang sangat menyentuh hati.

romantic doctor kim

Musim pertama tamat dengan pujian melambung

Gabungan pelakon terkenal seperti Han Sukkyu, Yoo Yeonseok dan Seo Hyunjin ternyata membawa tuah kerana drama ini begitu popular sehingga mencapai rating hampir 30 peratus semasa tayangannya! Tipulah kalau peminat K-Drama cakap mereka tak pernah dengar langsung mengenai naskhah ini!

Walaupun teraju utama “Romantic Doctor Kim” iaitu Han Sukkyu kembali mengemudi drama ini, tapi sayangnya teraju utama yang lain akan digantikan dengan pelakon baru. Watak baru yang akan diperkenalkan dalam drama itu ialah pelakon comel yang terkenal menerusi drama “Weighlifting Fairy Kim Bokjoo” iaitu Lee Sungkyung serta Ahn Hyoseop yang menempa nama dalam drama “30 But 17”.

romantic doctor kim 2

Sinopsis Romantic Doctor Kim 2

Untuk musim kedua ini, ia membawa kisah Dr. Kim bersama kehidupannya dengan orang baru selepas pelajar lamanya terpaksa pergi atas urusan masing-masing. Selain itu, pergelangan tangannya yang cedera beberapa tahun lalu kembali sakit. Kerana mempunyai masalah kekurangan staf di Hospital Doldam, dia telah ke sana untuk membantu mereka namun mula berkenalan dengan dua orang doktor baru yang mempunyai iras dengan pelajar lamanya. Seo Woojin yang sanggup melakukan apa sahaja demi duit dan Cha Eunjae yang sentiasa menghilangkan diri apabila diperlukan dalam bilik pembedahan.

Yang bestnya apabila musim kedua ini turut memberi sedikit gambaran tentang pemergian doktor asal drama ini pada musim pertamanya. Kang Dongjoo (Yoo Yeonseok) dikhabarkan telah pergi menjalani latihan khidmat ketenteraan manakala Yoon Seojung (Seo Hyunjin) pula telah ke San Diego kerana mengikuti program pertukaran pelajar selama 2 tahun.

Rating ‘runtuh bumbung’!

Baru sahaja memulakan tayangan pada 6 Januari lepas, musim kedua “Romantic Doctor Kim” telah mencatat rekod membanggakan bagi rating di seluruh negara Korea! Bayangkan baru sahaja episod pertama tetapi ia sudah mencatatkan rating yang tinggi iaitu 10.8% dan 14.9%! Tak cukup dengan itu, episod keduanya telah memecah rekod yang dipegang sebelumnya di mana ratingnya telah mencecah 13.2% dan 18% selain rating per minit paling tinggi telah direkodkan pada 22.1%! Fuhh gila gempak!

romantic doctor kim 2Nampaknya siri “Romantic Doctor Kim” ini masih tidak reda lagi apinya! Mungkin disebabkan penangan musim pertama yang masih segar di ingatan para penonton, jadi mereka letak kepercayaan bahawa musim keduanya juga pasti tidak menghampakan. Jangan lupa untuk tonton drama ini pada setiap Isnin dan Selasa di saluran SBS!

Sumber: Soompi

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...