Pasangan bahagia, IU dan Lee Jong-suk pastinya sentiasa memberikan sokongan pada satu sama lain kan.
Baru-baru ini dalam satu temu bual, IU berkongsi reaksi teman lelakinya, Lee Jong-suk, ketika menonton drama “When Life Gives You Tangerines”.
Respon wanita itu,
Pertama sekali, dia sangat sibuk. Jadi, saya tak fikir dia mempunyai peluang untuk menontonnya lagi. Itulah yang saya anggap kerana saya tahu dia sangat sibuk.
Sambung IU lagi berseloroh,
Sekarang ni, dunia saya berputar di sekitar Gwan-sik sehinggalah promosi ‘When Life Gives You Tangerines’ tamat. Saya hanya kenal Yang Gwan-sik sekarang. Mungkin esok, saya boleh bercakap tentang teman lelaki saya.
IU tengah sibuk dengan Gwan-sik la sekarang!