Ikuti Kami:

Dunia K-Drama Meriah Kini! Ramai Pelakon Wanita Top Hiasi Kaca Televisyen

Dunia K-Drama Meriah Kini! Ramai Pelakon Wanita Top Hiasi Kaca Televisyen

Memang banyak K-Drama sekarang ini, tapi yang menariknya ia dikemudi oleh pelakon wanita hebat dengan pengalamn berpuluh tahun. Bahkan kesemuanya jarang memunculkan diri di kaca televisyen.

Jadinya kemunculan serentak mereka semua ternyata merupakan tuah biuat peminat K-Drama.

Jun Ji-hyun (Jirisan)

Walaupun tetap mempunyai sisi komedianya, Jun Ji-hyun menampilkan watak yang lebih serius sebagai renjer hutan yang sedang dalam usaha membongkar misteri di pergunungan Jiri.

tvn jirisan

Go Hyun-jung (Reflection Of You)

Go hyun-jung membuktikan kebolehan lakonannya apabila watak yang lebih gelap dengan pelbagai rahsia tersembunyi.

jtbc reflection of you

Lee Young-ae (Inspector Koo)

Tak peduli mengenai imej, Lee Young-ae tampil selekeh sebagai penyiasat jenayah insurans yang sedang dalam misi menjatuhkan pembunuh bersiri yang juga merupakan seorang pelajar kolej licik.

lee youngae inspector koo

Song Hye-kyo (Now, We Are Breaking Up)

Selesa dengan elemen normalnya, Song Hye-kyo membawa watak seorang wanita berjaya yang tersakiti dek cinta lamanya.

sbs now we are breaking up

Tak cukup dengan itu, K-Drama turut beruntung kerana dapat menyaksikan Im Soo-jung dalam “Melancholia” dan Han Hyo-joo dalam “Happiness” kini.

han hyojoo im soojung

Memang meriah betul sekarang kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...