Ikuti Kami:

Dunia K-Drama Hadapi Konflik Kini, 4 Naskhah Diterajui Pelakon Popular Ini Batal Produksi?

Dunia K-Drama Hadapi Konflik Kini, 4 Naskhah Diterajui Pelakon Popular Ini Batal Produksi?

Sepertinya ada berita buruk untuk penonton K-Drama kini..

Menurut laporan media Korea, terdapat beberapa naskhah yang mengalami kesukaran untuk menjalani penggambaran sejak kebelakangan ini atas pelbagai isu yang tidak dapat dielakkan.

Khabarnya, “Gaslighting” yang diterajui Kim Hee-sun sudah pun menghentikan penggambaran selepas merakamkan 5 episod sahaja malah ada pelakon lain yang hanya sempat menjalani penggambaran selama satu ke 2 episod sahaja setakat ini. Meskipun diumumkan bakal ditayangkan pada separuh kedua tahun ini, namun percaturan itu mungkin tidak akan berlangsung dalam masa terdekat ini.

Bukan itu sahaja, “IGangsters” yang dibintangi Lee Seo-jin turut dikhabarkan sudah pun membubarkan pihak produksi mereka kerana masalah kewangan yang dihadapi syarikat produksi. Turut bertanggungjawab menghasilkan “Spirit Fingers”, drama itu dikatakan sudah oun kembali menjalani penggambaran namun tiada kepastian ianya tidak akan ditunda lagi selepas ini.

igangster

Drama buat laman penstriman (OTT) iaitu “The Sense” yang sepatutnya dibintangi oleh Han Ye-ti turut dikatakan telah memberhentikan produksi buat masa ini. Pun begitu, pihak drama itu menjelaskan bahawa mereka sedang mengolah skrip dan bukannya menghentikan terus rakaman.

Dalam laporan yang sama, 100 drama Korea didedahkan sudah menyelesaikan penggambaran namun masih belum lagi dapat slot dan tarikh tayangan tetap di mana-mana saluran.

Kita harapkan yang terbaik..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...